Anda di sini

Kerani di Miri rugi RM488,000 ditipu Macau Scam

Advertisement
 

MIRI: Seorang kerani terpaksa tanggung kerugian melebihi RM488,000 setelah menjadi mangsa diperdaya sindiket penipuan dalam talian atau lebih dikenali sebagai Macau Scam pada Khamis. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata wanita berusia 58 tahun itu mula menerima panggilan telefon pada 17 November lalu  dari seseorang yang menyamar sebagai Sarjan Yap Chee Hong. 

"Suspek menuduh mangsa mempunyai dua kes mahkamah iaitu nombor telefon mangsa digunakan untuk penipuan dan akaun bank mangsa digunakan untuk pengubahan wang haram. 

"Untuk menyelesaikan kes itu mangsa diminta memberikan ID Pengguna dan kata laluan akaun banknya yang mana mangsa turuti," katanya dalam satu kenyataan media. 

Malangnya, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu pada 11 Disember apabila mendapati wang di akaun banknya hanya tinggal lebih kurang RM2,000. 

Mustafa Kamal berkata suspek juga mengarahkan mangsa untuk tidak memberitahu sesiapa termasuk ahli keluarganya. 

  • oleh
  • Advertisement