Anda di sini

Kerajaan Yunnan intai peluang labur di Sarawak dalam bidang pendidikan, pertanian dan infrastruktur

Advertisement
Abang Johari merakam kenangan Zong (empat kiri), Yang (tiga kiri) dan ahli delegasi dari kerajaan Wilayah Yunnan, China yang lain.
Abang Johari merakam kenangan Zong (empat kiri), Yang (tiga kiri) dan ahli delegasi dari kerajaan Wilayah Yunnan, China yang lain.

KUCHING: Kerajaan Wilayah Yunnan, China mengintai peluang untuk menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi melabur di negeri ini dalam bidang pendidikan, pertanian dan infrastruktur.

Timbalan Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Yunnan, Yang Mu berkata, ia antara perkara umum yang dibincangkan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika kunjungan hormat delegasi kerajaan Wilayah Yunnan, China di Wisma Bapa Malaysia, Petra Jaya hari ini.

Delegasi tersebut diketuai Naib Gabenor Eksekutif Wilayah Yunnan Zong Guoying.

"Ini merupakan kunjungan bagi mengeratkan hubungan kerjasama dengan kerajaan Sarawak dan ini pertama kali kita adakan kunjungan ke negeri ini.

"Langkah seterusnya bagaimana kita hendak memperkukuhkan kerjasama dengan Sarawak bagi bidang pertanian, pendidikan dan infrastruktur," kata Yang ketika ditemui pemberita selepas kunjungan hormat itu.

Pada masa sama, beliau memberitahu, dalam kunjungan hormat itu juga, pihaknya bertukar pandangan dengan Abang Johari bagi mencari jalan untuk mengukuhkan jalinan kerjasama antara Yunnan dan Sarawak.
 
"Ini merupakan kunjungan pertama kita, jadi kita hanya bincang secara umum bagaimana kita hendak bergerak ke hadapan pada masa akan datang dengan jalinan kerjasama yang lebih erat," tambahnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan kunjungan ke atas Ketua Menteri satu pertemuan yang positif dan mesra dalam memperkukuhkan kerjasama antara dua hala.

Selain itu, jelasnya, pihaknya akan mengkaji lebih mendalam bagi menentukan peluang kerjasama yang boleh dijalinkan bersama Sarawak pada masa akan datang.

  • oleh
  • Advertisement