Anda di sini

Dua beranak nyaris maut lori terbabas selepas hantar ayam

Advertisement
 Keadaan lori mangsa dalam kemalangan tersebut.
TERBABAS: Keadaan lori mangsa dalam kemalangan tersebut.

SRI AMAN: Dua beranak nyaris maut selepas lori tiga tan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya berdekatan kuari Melugu di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 6.22 pagi itu, lori terbabit dikatakan dalam perjalanan pulang ke Sri Aman selepas menghantar bekalan ayam segar di pekan Pantu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, ketika melintasi kawasan kuari Melugu, lori terbabit tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke tepi jalan.

“Pemandu lori tersebut memaklumkan keadaan jalan licin dan suasana berkabus di kawasan kejadian mungkin antara faktor kemalangan itu,” katanya.

Berikutan itu, anak mangsa yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan di bahagian tangan, lutut dan kaki.

Mangsa telah dihantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya dengan menggunakan ambulans APM Sri Aman.

Advertisement