Anda di sini

Cerita pengembaraan angkasa Alvin menangi cabaran pengekodan Tynker dan NASA  

Advertisement
Alvin dan Teo
Alvin dan Teo


MIRI: Cerita pengembaraan angkasa Alvin Voon sebagai angkasawan Artemis dipilih sebagai empat pemenang pertandingan Tell Your Lunar Gateway Story anjuran Tynker dan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA).

Pelajar tahun lima dari SJKC Chung Hua Miri mengikut jejak langkah Teng Wei Rui, 13 tahun dari SM Pei Min iaitu lima pemenang International Mission Patch Challenge pada Jun yang merupakan cabaran pertama Moon To Mars Tynker dan NASA. 

Kali ini, peserta diminta untuk membayangkan diri mereka sebagai angkasawan Artemis yang tinggal dan bekerja di Lunar Gateway pada tahun 2024.

Peserta perlu menggabungkan pengekodan, inovasi dan kemahiran seni untuk menyiapkan projek menggunakan Tynker iaitu platform perkomputeran direka untuk mengajar kanak-kanak tentang kemahiran pengaturcaraan dan pemikiran komputasi

Artemis merupakan program NASA untuk membawa manusia ke bulan pada 2024 dan mempersiapkan misi untuk ke planet Marikh. 

Angkasawan Artemis akan orbit ke bulan pada Lunar Gateway dan mengendalikan penyelidikan dan persiapan untuk ekplorasi di permukaan lunar. 

Disertai 700 peserta, ia merupakan cabaran pengekodan siri kedua Moon To Mars berdasarkan misi angkasa NASA. 
Mentor pengekodan dan guru Alvin di Realfun Learning Centre, Teo Yuang Teck berkata, pemenang dipilih sendiri oleh saintis NASA. 

Dengan kemenangan ini, Alvin dan rakan-rakan sekolah diberi peluang berkomunikasi dengan saintis NASA dalam sidang video. 

“Sidang video ini akan diadakan pada 14 Disember jam 8 pagi. Tarikh ini adalah signifikan iaberlangsung dalam Minggu Pendidikan Sains Komputer Antarabangsa (9 hingga 15 Dis),” jelas Teo.

Kisah kemenangan Alvin boleh dilayari di https://youtu.be/WfzJ_yi1STA
 

  • oleh
  • Advertisement