Anda di sini

Basmi AIDS: Terbuka dalam membincangkan pendidikan seks

Advertisement
 Marina (empat kanan) bergambar bersama para penaja pada sidang media berkenaan Majlis Makan Malam Gala dan Anugerah Tun Dr Siti Hasmah di sebuah hotel di ibu negara kelmarin. — Gambar Bernama
KENANGAN: Marina (empat kanan) bergambar bersama para penaja pada sidang media berkenaan Majlis Makan Malam Gala dan Anugerah Tun Dr Siti Hasmah di sebuah hotel di ibu negara kelmarin. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Masyarakat sepatutnya membincangkan mengenai pendidikan seks secara jujur, sebagai satu cara untuk membasmi HIV dan AIDS menjelang 2030, selaras dengan usaha dilakukan Kementerian Kesihatan.

Presiden Majlis AIDS Malaysia Bakhtiar Talhah berkata oleh kerana 94 peratus daripada penyebaran HIV adalah melalui hubungan sex, masyarakat perlu terbuka dalam membincangkan dan menghilangkan stigma, terhadap HIV/AIDS.

“Di Malaysia, beberapa tahun lepas, sumber utama penyebaran (HIV) adalah melalui mereka yang mengambil dadah menggunakan suntikan, namun kini lebih daripada 90 peratus disebabkan hubungan sex.

“Ia bukan satu pendidikan sains roket yang sukar tentang cara mengatasi HIV, jadi kita boleh bercakap secara lebih terbuka mengenai penggunaan kondom, mengenai pendidikan sex, kita boleh membasmikan AIDS menjelang 2030,” katanya.

Bakhtiar berkata demikian dalam sidang media mengenai Majlis Makan Malam Gala Yayasan AIDS Malaysia (MAF)-Berjaya Tun Dr Siti Hasmah, di sini kelmarin.

Dihoskan oleh MAF, majlis kutipan derma amal itu akan diadakan pada 14 Disember (Sabtu) di Hotel Mandarin Oriental.

Majlis tersebut juga akan mengiktiraf individu dan organisasi yang telah menunjukkan keberanian, komitmen dan dedikasi dalam mewujudkan impak berkesan terhadap komuniti, yang terkesan oleh HIV dan AIDS.

Mereka yang tercalon dan pemenang kepada Anugerah Tun Siti Hasmah akan diumumkan pada majlis tersebut dan penerima anugerah akan menerima hadiah wang tunai RM20,000 dan sebuah trofi eksklusif. — Bernama

Advertisement