Anda di sini

46 lagi mangsa masih ditempatkan di PPS Stapok

Advertisement
Dr Sim meluangkan masa melawat mangsa di PPS Stapok.
Dr Sim meluangkan masa melawat mangsa di PPS Stapok.

KUCHING: Seramai 46 orang mangsa banjir yang terdiri daripada sembilan keluarga ditempatkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Masyarakat Stapok, di sini sejak malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata kesemua mangsa yang dipindahkan adalah penduduk Taman Seri Emas, Jalan Batu Kawa.

"Hujan lebat dan air pasang tinggi menyebabkan beberapa kawasan rendah dinaiki air dan PPS telah dibuka sejak jam 8 malam (semalam)," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa Dato Sri Dr Sim Kui Hian bersama Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Luar Bandar) Datu Ik Pahon Joyik turut meluangkan masa melawat mangsa di PPS tersebut.

Penduduk di kampung Jugan dipindahkan ke PPS malam tadi psebelum dibenarkan pulang hari ini.
Penduduk di kampung Jugan dipindahkan ke PPS malam tadi psebelum dibenarkan pulang hari ini.

Sementara itu, di Kampung Jugan, Bau, kesemua 12 mangsa yang terdiri daripada empat keluarga dibenarkan pulang selepas air surut sepenuhnya hari ini.

PPS balai raya Kampung Jugan dibuka sejak jam 8 malam tadi dan ditutup secara rasmi pada jam 9 pagi tadi.

"JPBN mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat secara langsunh mahupun tidak langsung dalam menguruskan bencana banjir di daerah Bau," katanya.

  • oleh
  • Advertisement