Anda di sini

SUKSAR: Muhd Luqman Daniel raih satu lagi pingat emas untuk Zon Selatan

Advertisement
Muhd Luqman Daniel (tiga kiri) berbangga dapat menyumbang satu lagi pingat emas untuk Zon Utara.
Muhd Luqman Daniel (tiga kiri) berbangga dapat menyumbang satu lagi pingat emas untuk Zon Selatan

MIRI: Pelumba Zon Selatan terus mendominasi acara basikal pada Sukan Sarawak Ke-2 (SUKSAR 2) hari ini dengan meraih pingat emas dalam acara pecut satu kilometer.

Pingat emas ketiga Zon Selatan (Kuching, Samarahan dan Serian) itu diraih menerusi Muhd Luqman Daniel Roji dengan catatan masa 1 minit 14 saat.

Pingat perak pula dimenangi pelumba Zon Barat yang (mewakili Sri Aman, Sarikei dan Betong), Mark Wong Wizhe dengan catatan masa 1 minit 18 saat.

Sementara pingat gangsa pula diraih pelumba Zon Tengah yang mewakili Sibu, Mukah dan Kapit, Lawrence Hii Jin Loong yang mencatat masa 1 minit 20 saat.

Muhd Luqman Daniel ketika ditemui meluahkan rasa puas dengan pencapaiannya dalam tiga acara yang disertai sepanjang kejohanan.

"Kejayaan meraih dua pingat emas peribadi dan satu pingat perak adalah rekod terbaik saya kerana sebelum ini hanya meraih satu pingat emas pada temasya SUKSAR 2017," katanya.

Muhd Luqman Daniel berkata meskipun  hanya memenangi pingat perak dalam acara kriterium semalam, dia tetap berbangga kerana pingat emas acara itu dimenangi rakan sepasukan, Raya Othman.

"Saya gembira kerana dapat menyumbang dua pingat emas untuk pasukan Zon Selatan," katanya.

Kejayaan itu juga katanya, membakar semangatnya untuk terus berusaha bagi mewakili Sarawak pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Johor. 

  • oleh
  • Advertisement