Anda di sini

Pembonceng remaja maut tercampak dari motosikal

Advertisement
 Motosikal yang dinaiki mangsa bersama rakannya tersadai di tepi jalan selepas kemalangan itu.
MAUT: Motosikal yang dinaiki mangsa bersama rakannya tersadai di tepi jalan selepas kemalangan itu.

SIBU: Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak dari motosikal yang diboncengnya dalam kemalangan membabitkan dua motosikal di Jalan Kemuyang dekat sini, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.44 tengah malam itu, Ridley Raymond, 16, yang membonceng motosikal ditunggangi rakannya 20, meninggal dunia di hospital akibat cedera parah di kepala.

Difahamkan, mangsa yang berasal dari Taman Desa Kemuyang bersama rakannya dalam perjalanan dari arah perumahan Kemuyang menuju ke simpang Kemuyang telah bertembung dengan sebuah motosikal yang ditunggang seorang pemuda berusia 23 tahun.

Katanya, ketika kejadian kedua-dua motosikal itu bergesel mengakibatkan kedua-dua penunggang motosikal serta mangsa mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan.

Ridley telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu pada 7.25 malam kelmarin.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” kata Stanley.

Advertisement