Anda di sini

MBM gesa kontraktor percepat kerja ubah suai Jalan Persiaran Kabor

Advertisement
 Yii melawat kemudahan di Jalan Persiaran Kabor, Miri.
TINJAU: Yii melawat kemudahan di Jalan Persiaran Kabor, Miri.

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) menggesa kontraktor mempercepatkan kerja-kerja pengubahsuaian di Jalan Persiaran Kabor di sini yang sudah lewat daripada tarikh ditetapkan.

Datuk Bandar MBM Adam Yii berkata kerja-kerja pengubahsuaian itu sepatutnya siap dalam tempoh tiga bulan namun sehingga kini tertangguh kerana bahan binaan atap tidak mencukupi.

“Saya banyak menerima aduan daripada orang awam dan peniaga mengatakan terjejas kerana kerja-kerja pengubahsuaian itu.

“Kita mengarahkan kontraktor terbabit merancang kerja bagi mengurangkan gangguan kepada orang awam dan peniaga di situ,” katanya semasa lawatan kerja ke Jalan Persiaran Kabor di sini semalam.

Beliau menambah, MBM turut membina jalan konkrit bagi mengelak orang awam menggunakan laluan di Gerai 10 bersebelahan RHB Bank tersandung.

Yii berkata, keputusan itu dibuat selepas menerima ba-nyak aduan awam terdapat beberapa kes orang tersandung kerana tahap ketinggian lantai berbeza di kawasan itu.

Terdahulu, beliau dan wakil MBM yang lain me-lawat Dewan Masyarakat St Anthony di Pujut Corner sebelum ini terjejas banjir.

“MBM akan membina saliran bagi membolehkan air mengalir keluar dan lokasinya akan ditentukan kemudian,” jelasnya.

Hadir sama Kaunselor Chin Fook Kim, Kaunselor Leslie Lau, Kaunselor Vincent Huang dan jurutera MBM.

Advertisement