Anda di sini

70 pelajar perakaunan KLT hadiri taklimat SST

Advertisement
 Nolle (duduk, tengah) merakam gambar bersama pelajar dan pensyarah.
UNTUK KENANGAN: Nolle (duduk, tengah) merakam gambar bersama pelajar dan pensyarah.

SIBU: Seramai 70 pelajar perakaunan Kolej Laila Taib (KLT) menghadiri taklimat mengenai Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) baru-baru ini.

Taklimat tersebut telah disampaikan bekas Penolong Kanan Pengarah Kastam I, Pengamal Cukai Tidak Langsung (GST/SST) Noelle Lily Morse.

Objektif taklimat ini adalah untuk meningkatkan kefahaman dan pengetahuan para pelajar tentang SST yang amat relevan terutama kepada pelajar perakaunan.

Noelle dalam taklimatnya menjelaskan tentang SST kepada para pelajar serta menunjukkan perbezaan antara cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Beliau juga memberikan penerangan lanjut tentang barang-barang perkilangan bercukai, perkhidmatan (cukai) yang dikenakan cukai dan kitaran SST.

Pada akhir taklimat, Noelle turut menyediakan beberapa kuiz kepada para pelajar serta memberikan sedikit sumbangan kepada pelajar yang mendapat markah tertinggi.

Noelle turut menggalakkan para pelajar me-layari portal SST di alamat https://mysst.customs.gov.my untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai SST.

Advertisement