Anda di sini

Simoi luang masa bersama belia dan beliawanis DUN Lingga

Advertisement
 Simoi diberi penerangan oleh wakil salah sebuah agensi yang mengambil bahagian pada program tersebut sambil diperhatikan Mohd Ashree (kanan) serta yang lain.
JELAS: Simoi diberi penerangan oleh wakil salah sebuah agensi yang mengambil bahagian pada program tersebut sambil diperhatikan Mohd Ashree (kanan) serta yang lain.

SRI AMAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri meluangkan masa bersama belia dan beliawanis Dewan Unda-ngan Negeri (DUN) Lingga menerusi Program Digital Inclusivity 2019 di Dewan Suarah Sri Aman di sini.

Menurutnya, program berkenaan anjuran Sarawak Multimedia Authority (SMA) dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Lingga, MINTRED, TEGAS, Pustaka Negeri Sarawak, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Politeknik dan CENTEXS.

Katanya, inisiatif dirancang dan dilaksanakan itu bertujuan memberi pende-dahan kepada belia tentang usaha Kerajaan Sarawak meneruskan agenda mentransformasikan ekonomi negeri kepada ekonomi digital sekali gus merupakan landasan terbaik mempromosi dan melatih lebih ramai usahawan terutama belia menceburi bidang perniagaan secara dalam talian.

“Ini merupakan salah satu usaha Kerajaan Sarawak membantu golongan belia agar berjinak-jinak dengan bidang perniagaan secara dalam talian,” katanya semasa penutupan program itu di sini.

Justeru, belia di sini seharusnya mengambil peluang dengan menceburi bidang ini yang dilihat sebagai salah satu kerjaya yang mampu menjana pendapatan.

“Kita ingin melihat anak-anak muda berjaya dalam bidang perniagaan atas talian selepas menyertai program ini,” katanya.

Hadir sama Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashree Wee serta agensi terlibat.

Advertisement