Anda di sini

SEDC meraikan 100 kanak-kanak dan dewasa autistik

Advertisement
 Abdul Aziz (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak autistik. Turut kelihatan Rakayah (kiri) dan Dr Yao (dua kanan).
PRIHATIN: Abdul Aziz (dua kiri) menyampaikan hadiah kepada kanak-kanak autistik. Turut kelihatan Rakayah (kiri) dan Dr Yao (dua kanan).

KUCHING: Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) meraikan kira-kira 100 kanak-kanak dan dewasa autistik pada program ‘Love-In-A-Box’ semalam.

Program tersebut berlangsung di Pusat Latihan Persa-tuan Autistik Kuching (KAA) di Jalan Desa Wira dekat sini bagi berkongsi kegembiraan menjelang perayaan Krismas  yang akan datang.

Program tersebut dihadiri Pengerusi SEDC Tan Sri Datuk Amar Abdul Aziz Husain dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada pelajar di pusat tersebut.

Hadir sama, Timbalan Pe-ngurus Besar SEDC Rakayah Hamdan dan Presiden KAA Datuk Dr Yao Sik Chi.

Dalam ucapan ringkasnya, Abdul Aziz berkata semua hadiah disumbangkan oleh SEDC sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) perbadanan.

“Kita perlu sedar bahawa terdapat ramai kanak-kanak kurang bernasib baik yang memerlukan perhatian serta sokongan terutama menjelang musim perayaan seperti Krismas.

“Setiap tahun, SEDC dan anak syarikat mengadakan acara amal seperti ini untuk membawa keceriaan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik ini,” katanya.

Tambah Abdul Aziz, bagi program ‘Love-In-A Box’ tahun ini, SEDC dan anak syarikatnya menghadiahkan kanak-kanak di Pusat KAA dengan sejumlah wang tunai dan alat tulis.

Beliau berharap program itu akan membawa keceriaan kepada kanak-kanak termasuk ibu bapa dan ahli keluarga mereka.

“Hadiah yang disampaikan ini mungkin tidak cukup tetapi kami berharap ia dapat membawa senyuman kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Dr Yao berterima kasih kepada SEDC atas sumbangan itu dan berharap sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan yang lain akan mencontohi SEDC.

“Bagi pihak KAA, saya berterima kasih kepada SEDC kerana hadir ke sini pagi ini bagi menganjurkan program ini dan memberi hadiah kepada pelajar kita,” katanya.  

Advertisement