Anda di sini

Niah, Bekenu banjir

Advertisement
 Lukanisman meluangkan masa meninjau penduduk di Rumah Mokeng yang tidak dapat dihubungi menggunakan kenderaan.
PRIHATIN: Lukanisman meluangkan masa meninjau penduduk di Rumah Mokeng yang tidak dapat dihubungi menggunakan kenderaan.

MIRI: Hujan berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Niah dan Bekenu dinaniki air dan tidak dapat dilalui kenderaan sejak kelmarin.

Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni berkata beliau dimaklumkan oleh penduduk kampung terjejas dari Rumah Mokeng, Rumah Philips di Sungai Kara, Rumah Edward Ekau, Rumah Patrick Libau dan Kampung Bulau.

“Manakala di Rumah Mokeng, penduduk di situ tidak dapat membawa masuk kenderaan ke pekarangan rumah sejak Ahad lalu (kelmarin).

“Hujan lebat menyebabkan air pasang dari Sungai Hulu Satap. Saya turut menerima laporan hakisan tanah di Rumah Philips, Sungai Kara.

“Hakisan berlaku di belakang rumah akibat hujan berterusan,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Kawasan lain turut dinaiki air ialah kawasan kebun dan jalan menuju ke Baie Mamut.

Lukanisman menambah, penduduk Kuala Lajong turut mengadu jalan terputus bagi kenderaan kecil dan masalah itu sering berulang.

“Saya turut menerima laporan bahawa Rumah Edward Ekau dinaiki air sehingga paras atas lutut. Kawasan lain turut dinaiki air ialah Rumah Patrick Libau dan Kampung Bulau,” katanya.

Beliau berkata, hujan berterusan dikhuatiri menyebabkan banjir kilat.

“Kita akan memaklumkan kepada Pejabat Daerah dan bantuan akan diberikan mengikut prosedur ditetapkan jawatankuasa bencana banjir,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement