Anda di sini

Luqman hadiah emas pertama Zon Selatan

Advertisement
 Luqman (tiga kanan) berjaya menghadiahkan emas pertama dalam acara berbasikal ujian masa lelaki 40 kilometer pada SUKSAR II 2019 di Miri pagi semalam.
EMAS PERTAMA: Luqman (tiga kanan) berjaya menghadiahkan emas pertama dalam acara berbasikal ujian masa lelaki 40 kilometer pada SUKSAR II 2019 di Miri pagi semalam.

MIRI: Pelumba muda, Muhamad Luqman Daniel Mohd Roji menghadiahkan pingat emas pertama kepada kontinjen Zon Selatan dalam acara berbasikal ujian masa lelaki 40 kilometer pada temasya Sukan Sarawak (SUKSAR II) 2019 di sini semalam.

Luqman Daniel mencatat masa 56.20 saat menewaskan rakan sepasukan, Raya Othman meraih catatan masa 59.03 saat dengan jarak masa 2.43 saat.

“Saya amat bersyukur dapat meraih pingat emas dalam kategori ini meskipun hanya menjalani latihan seminggu kerana fokus menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM),” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Luqman berkata, beliau akan menumpukan tiga lagi kategori yang akan dipertandingkan iaitu 1,000 meter, Criterium dan Mass Start.

“Saya mampu mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (SUKMA) di Johor tahun depan (2020) jika diberikan peluang serta akan memperbaiki catatan masa,” jelasnya.

Luqman berkata, catatan terbaik bagi masa latihannya ialah satu jam empat minit namun rekod itu telah dipadamnya dengan mencatat masa kurang daripada satu jam.

Dalam kategori sama, Quin Ling Lik dari Zon Tengah menyumbang pingat gangsa dengan catatan masa 1.02.14 saat.

Bagi acara sama kategori wanita terpaksa dibatalkan kerana hanya disertai dua pasukan sahaja namun bagi acara lain iaitu 500 meter dan mountain bike xco-Cross Country Olympic wanita diteruskan pada hari berikutnya.

Acara berbasikal menyingkap tirai pada hari pertama SUKSAR II di sini semalam dengan menawarkan satu pingat emas sebelum acara perasmian oleh disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg pada petang semalam.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS), Abdul Muktalib Mohamad.

  • oleh
  • Advertisement