PENYANYI Andi Bernadee dan Ismail Izzani baru-baru ini berkolaborasi buat pertama kali menerusi sebuah lagu single yang diberi judul ‘Hello’.
Single ini merupakan lagu yang mempunyai mesej yang tersendiri namun ‘Hello’ boleh diintrepretasi mengikut kefahaman pendengar dan juga peminat.
Menariknya untuk pertama kali di dalam industri muzik, dua video muzik telah dihasilkan untuk single ‘Hello’ ini untuk dua saluran Youtube yang berbeza, iaitu Warner Music Malaysia dan World Peace Entertainment.
Video muzik ‘Hello’ mengisahkan tentang kes pembunuhan yang dilakukan oleh pembunuh bersiri. Dua muzik video ini sebenarnya mewakili dua perspektif yang berbeza. Kedua-dua muzik video ini mengandungi petunjuk-petunjuk untuk penonton mencari jawapan kepada kes pembunuhan tersebut.
Dalam video muzik ini tidak akan dinyatakan siapa pembunuh bersiri tersebut.
Identiti pembunuhnya hanya akan dibongkarkan di platform media sosial selepas kedua-kedua muzik video mencecah 1 juta tontonan.
Sejak dimuat naik 2 Disember lalu, ‘Hello’ versi Ismail telah mencatat lebih 685 ribu tontonan manakala versi Andi meraih 369 ribu jumlah tontonan dengan kedua-duanya trending di Youtube.
Video muzik ini turut menampilkan pelakon Jay Iswazir serta kameo oleh Naim Daniel, Daniesh Suffian, Anna Jobling, Didi Astillah dan Fatin Afeqah.
Istimewa untuk peminat-peminat Ismail Izzani dan Andi Bernadee, lagu ‘Hello’ telah dilancarkan pada 15 November lepas dan boleh dimuat turun di semua streaming platform seperti Spotify, Apple Music, dan juga JOOX.