Anda di sini

Wafariena pertaruh single pertama ‘Carilah Aku’

Advertisement
 

LAGU ‘Carilah Aku’ merupakan buah tangan pertama daripada penyanyi baharu, Wafariena Roslan atau lebih mesra disapa sebagai Wafa.

Selain berbakat dalam nyanyian, gadis cantik tinggi lampai yang berasal dari Pulau Pinang ini juga bergiat aktif dalam bidang permodelan di samping berlakon dalam beberapa buah muzik video dan filem Buntat.

Beliau yang berusia 24 tahun turut fasih bertutur dan menyanyi dalam bahasa Mandarin.

Tampil dengan genre Balada, lagu ‘Carilah Aku’ ini hasil ciptaan Johari Teh dan lirik ditulis oleh Aryan.

Lagu ‘Carilah Aku’ mengisahkan tentang kisah percintaan yang terpisah oleh jarak jauh. Baginya, berjauhan dengan pasangan adalah menyakitkan. Wanita tersebut berharap dapat bertemu kembali dengan kekasihnya dan kekal bahagia.

Single pertama Wafa ini telah pun dilancarkan pada November lepas dan boleh didengar di semua rangkaian muzik.

Bagi peminat yang ingin mengetahui perkembangan semasa Wafa, boleh ikuti beliau di laman sosial seperti Instagram (wafarienaroslan), Facebook (Wafariena Roslan), Twitter (WafarienaR) dan Tik Tok (WafarienaRoslanArtist).

Advertisement