Anda di sini

Luqman Daniel raih emas pertama Zon Selatan

Advertisement
 Luqman (tiga kanan) berjaya menghadiahkan emas pertama dalam acara berbasikal ujian masa lelaki 40 kilometer pada SUKSAR II hari ini.
Luqman (tiga kanan) berjaya menghadiahkan emas pertama dalam acara berbasikal ujian masa lelaki 40 kilometer pada SUKSAR II hari ini.

MIRI: Muhamad Luqman Daniel Mohamad Roji menghadiahkan pingat emas pertama kepada Zon Selatan pada acara berbasikal ujian masa lelaki 40 kilometer hari ini.

Luqman mencatat masa 56.20 saat menewaskan rakan sepasukan, Raya Othman meraih catatan masa 59.03 saat dengan jarak masa 2.43 saat.

"Saya amat bersyukur dapat meraih pingat emas dalam kategori ini meskipun hanya menjalani latihan selama seminggu kerana menghadapi SPM," katanya ketika ditemui semalam.

Luqman berkata dia akan menumpukan tiga lagi kategori yang akan dipertandingkan iaitu 1000 meter, Criterium dan Mass Start.

"Saya mampu mewakili Sarawak pada Sukan Malaysia (Sukma) Johor jika diberikan peluang serta akan memperbaiki catatan masa," katanya.

Luqman berkata catatan terbaik bagi masa latihannya ialah satu jam empat minit namun rekod itu telah dipadamnya dengan mencatat masa kurang dari satu jam.

Dalam kategori sama, Quin Ling Lik Qin dari Zon Tengah menyumbang pingat gangsa dengan catatan masa 1.02.14 saat.

Acara berbasikal menyingkap tirainya pada hari pertama SUKSAR II dengan menawarkan satu pingat emas sebelum acara perasmian disempurnakan pada sebelah petang.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Majlis Sukan Negeri Sarawak Abdul Muktalib Mohamad.

  • oleh
  • Advertisement