Anda di sini

5 Cara Membuat Tanggapan Hebat Sebagai Pemimpin Baharu

Advertisement
 
Oleh ROSHAN THIRAN

Apabila tiba masanya untuk memainkan peranan kepimpinan pertama, seseorang sering mengatakan kepada saya bahawa mereka begitu bersemangat dan pada masa yang sama, takut sekali.

Bersemangat kerana ada begitu banyak kemungkinan dan peluang; takut kerana, yah… apakah yang patut dilakukan untuk menjayakan peranan baharu ini? 

Bagi kita yang telah menjadi pemimpin selama beberapa waktu, rasanya seperti ‘biasa’ sahaja, sama seperti memandu kereta selepas beberapa ketika. 

Tetapi kita lupa bagaimana keadaannya ketika kita baru bermula. Sama ada hendak masuk gear kereta atau berkomunikasi dengan pasukan buat kali pertama, kita semua tahu saat-saat keraguan diri dan gugup yang dirasai.

Kepimpinan boleh berupa peranan yang menakutkan. Bak kata, suasana sepi menjadi teman mereka yang berpangkat tertinggi. Pada masa yang sama, ia juga cukup memanfaatkan, terutamanya apabila anda memiliki pasukan yang hebat seperti saya.

Apabila anda melangkah ke peranan kepimpinan anda yang pertama, anda pasti akan menyedari bahawa ada banyak definisi tentang apa ertinya menjadi seorang pemimpin. Sebenarnya, tidak ada idea pasti tentang kepimpinan kerana kita semua membawa sifat-sifat unik serta berkongsi beberapa sifat umum. Dari Alexandar Agung ke Malala Yousafzai, para pemimpin datang dalam pelbagai bentuk dan ukuran, cita-cita, nilai-nilai dan perspektif.

Apa yang kebanyakan dari kita kongsi adalah keinginan untuk membuat perbezaan yang bererti dalam beberapa cara. Baik di pejabat mahupun secara meluas dalam masyarakat, peranan seorang pemimpin besar potensinya untuk mempengaruhi kehidupan orang lain. Ia adalah kedudukan yang patut ditanggapi dengan serius, tetapi yang juga menunjukkan sisi insaniah yang berhubungan dengan orang lain. Kepimpinan mungkin merupakan bisnis yang serius, tetapi kita tidak boleh menganggap diri kita terlalu serius.

Di sini, saya ingin berkongsi beberapa wawasan yang akan membantu para profesional muda mempermudah peranan sebagai pemimpin:

1. Beri diri waktu untuk tumbuh

Sebagai pemimpin baharu, anda akan ingin ’mencatatkan pencapaian’ dan menunjukkan bahawa anda layak untuk peranan berkenaan. Itu adalah aspirasi normal setiap orang dalam mana-mana jawatan baharu. Namun, sebaiknya elakkan diri dari proses yang terburu-buru. Seperti pengalaman belajar yang lain, biar lambat asalkan berjaya.

Jangan tetapkan aturan atau lakukan perubahan besar, sebaliknya luangkan masa untuk mengenali dan memahami orang lain. Membina hubungan adalah kualiti yang paling penting dalam kepimpinan, dan anda memerlukan sokongan orang lain jika anda ingin mencapai apa-apa pun. Telitilah beberapa contoh pemimpin yang resonan dan lihat bagaimana mereka berinteraksi dengan orang lain dan terlibat dalam proses kepimpinan. Anda akan melihat bahawa para pemimpin yang hebat (misalnya. Abraham Lincoln, Nelson Mandela) lebih bijaksana dan sabar, daripada terburu-buru dan cuai.

2. Pertanyakan sangkaan anda

Jika anda telah berada di organisasi anda selama lima atau 10 tahun atau lebih, anda mungkin akan merasa yang anda tahu segala-galanya. Anda kenal rakan-rakan kerja dan bisnis organisasi. Anda telah menyelusuri proses yang ada, dan telah menyaksikan semua TED Talk yang bagus. Salah satu kesalahan terbesar dalam kepimpinan adalah apabila anda percaya bahawa anda sudah tahu segala-galanya, dan tidak ada sesiapa yang memiliki sesuatu untuk diajarkan kepada anda. 

Sebenarnya, setiap graduan baharu yang bekerja di Leaderonomics telah begitu banyak mengajar saya, dan saya bersyukur kerana berpeluang terlibat dalam proses pementoran terbalik ini. Sebagai seorang pemimpin, anda tahu apa yang anda ketahui – tetapi setiap orang di sekitar anda akan tahu sesuatu yang anda tidak ketahui. Daripada menganggap diri anda sebagai mata air kebijaksanaan, lebih baik mempertanyakan apa yang anda ingat anda ketahui dan menjadikan diri pelajar sepanjang hayat yang bersifat terbuka untuk belajar daripada setiap orang.

Berkaitan: Tip Membuat Tanggapan Pertama Kepimpinan Yang Baik 3. Percayalah pada diri anda

Di sebalik amalan mempertanyakan diri (yang mengawasi kesombongan anda), anda harus percaya pada diri sendiri. Keyakinan sebegini menunjukkan bahawa anda mempunyai sesuatu yang bernilai untuk ditawarkan kepada organisasi atau bisnes anda, dan membawa nilai tambahan kepada jawatan anda. Ini mungkin agak menentang arus intuitif – tidakkah saya baru berkata elak menjadi pak serba tahu? Tetapi ada perbezaan antara percaya pada diri dengan kesombongan. Seorang pemimpin yang sombong merasa dia tidak ada apa-apa lagi untuk dipelajari dan segala semua untuk ditawarkan; seorang pemimpin dengan kepercayaan diri tahu keterbatasannya, tetapi juga memahami potensinya dan percaya pada kemampuannya untuk berkembang, tumbuh dan belajar untuk menjadi pemimpin yang bangga diikuti orang lain.

4. Dapatkan diri seorang mentor

Ini adalah sesuatu yang diabaikan oleh ramai pemimpin baharu tetapi inilah sesuatu yang semua pemimpin, tidak kira pengalaman mereka, akan terus mendapat manfaat besar.  Tidak peduli seberapa jauh ke hadapan anda dalam perjalanan kepimpinan, ada orang lain yang lebih jauh di hadapan yang telah bergumul dengan cabaran yang anda hadapi dan tahu cara mengatasinya. Mentor dapat menawarkan perspektif baharu dan panduan yang bermanfaat, dan memberi bimbingan yang stabil dalam pertumbuhan peribadi dan profesional anda – ini hanya beberapa alasan mengapa ia penting untuk memiliki seorang mentor, terutama ketika anda memulai perjalanan kepimpinan anda.

5. Berterima kasih kepada orang lain

Dalam kepimpinan, kita sering percaya bahawa hal-hal besar (visi, strategi, misi) yang menghasilkan perbezaan, tetapi seringkali gerak laku terkecil yang membuat dampak terbesar. Tanpa rakan-rakan kerja yang dedikasi dan komited untuk memberikan hasil yang diperlukan untuk mencapai kejayaan, para pemimpin tidak akan dapat mewujudkan visi atau misi yang difikirkan mereka. Mustahil untuk melebih-lebihkan kepentingan berterima kasih kepada orang lain atas apa yang dilakukan mereka. Baik membawa mereka keluar makan, meraikan hari jadi mereka, atau sekadar mengucapkan ‘terima kasih atas kerja yang baik’, nilai pengiktirafan sangat besar dalam meningkatkan moral dan keterlibatan, dan memperkuatkan ikatan dalam pasukan.

Sumber
Sumber