Anda di sini

Kebakaran dapur memasak nyaris undang padah

Advertisement
 Kebakaran dapur sebuah rumah di Jalan Haruan, Sarikei.
BERJELAGA: Kebakaran dapur sebuah rumah di Jalan Haruan, Sarikei.

SARIKEI: Kebakaran dapur memasak nyaris mengundang padah dalam insiden di sebuah rumah di Jalan Haruan di sini, malam kelmarin.

Kejadian dipercayai berpunca daripada tindakan seorang warga emas yang tidak memadamkan api dapur selepas memasak.

Ia menyebabkan 15 peratus daripada dapur rumahnya terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 8.12 malam.

“Sejurus itu, sepuluh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Bakar Ujang bersama sebuah jentera pemadam dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Ketika pasukan bomba tiba di lokasi tersebut, mereka mendapati kebakaran telah berjaya dipadam oleh penghuni rumah itu sendiri dan pasukan bomba hanya bertindak menutup injap gas memasak.

“Namun demikian, warga emas terbabit telah mengadu mengalami sesak nafas dan pasukan EMRS yang turut berada di lokasi telah menstabilkan mangsa sebelum menghantarnya ke Hospital Sarikei untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Advertisement