Anda di sini

‘Sumpah’ Naim Daniel, Aina Abdul & ‘Kisah Cinta Kita’ Hafiz ke AJL34

Advertisement
ERNIE ZAKRI
ERNIE ZAKRI

DUA lagu dengan judul sama iaitu ‘Sumpah’ nyanyian Naim Daniel dan Aina Abdul antara 12 lagu yang layak ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL 34).

Lagu dan lirik ciptaan Naim Daniel dan Omar K serta Aina Abdul itu akan bersaing merebut gelaran Lagu Terbaik bersama 10 lagi lagu lain di AJL 34  yang bakal berlangsung pada Februari depan.

‘Kisah Cinta Kita’ yang merupakan lagu tema drama ‘Dia Menantu Rahsia’ nyanyian Hafiz Suip turut layak ke AJL34 bersama lagu ‘Drama’ nyanyian Drama Band, ‘Ku Bersuara’ (Ernie Zakri), ‘Anta Permana’ (Datuk Seri Siti Nurhaliza), ‘Bangun’ (Aman RA), ‘Ragaman’ (Faizal Tahir), ‘Rampas’ (Akim & The Majistret), ‘Dinda’ (Kugiran Masdo), ‘Peneman’ (Hazama) dan ‘Lembah Kesepian’ (Haqiem Rusli).

Persaingan 30 buah lagu bagi merebut 12 tempat di pentas AJL34 diadakan pada 15, 22 dan 29 November lepas.

Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad dan Haziq Hussni, SFMM34 bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat di TV3, jam 9.00 malam dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Setiap minggu, sebuah lagu juga akan dipilih sebagai lagu terbaik namun ini tidak menjaminkan bahawa lagu-lagu tersebut akan terus mara ke AJL.

NAIM DANIEL
NAIM DANIEL

Lagu ‘Drama’ nyanyian Drama Band dan ‘Sumpah’ (Naim Daniel) diumumkan sebagai Lagu Terbaik pada minggu pertama dan kedua SFMM34 manakala pada minggu ketiga SFMM34 yang lalu, sebanyak lapan lagu dipertandingkan.

Lagu itu terdiri daripada ‘Bimbang’ nyanyian Marsha, ‘Pudar’ (Indah Ruhaila), ‘Bangun’ (Aman RA), ‘Jutaan Purnama’ (Datin Alyah), ‘Tetap Kamu’ (Amylea x Megat), ‘Sumpah’ (Aina Abdul), ‘Peneman’ (Hazama The Penglipurlara) dan ‘Bunga’ (Kugiran Masdo).

30 buah lagu yang layak ke SFMM 34 adalah hasil undian peminat sebanyak 40 peratus dan penilaian juri profesional sebanyak 60 peratus di carta Muzik Muzik 34.

HAFIZ SUIP
HAFIZ SUIP

Kesemua lagu yang layak diadili barisan juri profesional yang dibarisi Faizal Uzir (Lok U), Datuk Syafinaz, Edrie Hashim, Aznul Haidi Azmi, Aubrey Suwito, Ajai dan Azmeer selaku ketua juri.

Pentas SFMM34 juga turut dimeriahkan oleh artis-artis ‘legend’ seperti Ramlah Ram, Nora, Datuk Hattan, Zamani & Kumpulan Shades.

Para peminat yang terlepas menyaksikan siaran langsung di TV3 juga boleh menikmati persembahan SFMM34 di www.tonton.com.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai AJL34, peminat boleh ikuti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram TV3 iaitu @tv3malaysia & @senangterhibur.

Advertisement