Anda di sini

Jerayawara Anmum Essential di Everrise BDC hingga Ahad

Advertisement
 Ho (dua kiri) bersama wakil dari Fonterra, Everrise BDC dan Choon Hua Trading mempromosikan jerayawara Anmum Essential di Everrise BDC sehingga 8 Disember ini.
SILA DATANG: Ho (dua kiri) bersama wakil dari Fonterra, Everrise BDC dan Choon Hua Trading mempromosikan jerayawara Anmum Essential di Everrise BDC sehingga 8 Disember ini.

KUCHING: Anmum Essential akan menganjurkan jerayawara tiga hari di Everrise BDC di sini bermula hari ini hingga 8 Disember 2019.

Temui wakil syarikat pada jerayawara tersebut dari jam 9.30 pagi hingga 9.30 malam bagi menjawab pertanyaan mengenai rangkaian produk Anmum Essential.

Produk Anmum Essential diformulasikan daripada susu tepung Anmum Materna, Anmum Lacta dan Anmum Essential.

Selain itu, penganjur turut menggalakkan pengunjung membawa bersama anak-anak kecil untuk menyertai dalam aktiviti menarik yang dianjurkan sepanjang jerayawara tersebut.

“Pelanggan kami juga akan mendapat hadiah percuma dengan pembelian produk kami, sebagai contoh percuma bekas air percuma jika mereka membel Anmum Materna atau Anmum Lacta bernilai RM100.

“Mereka yang membeli tiga unit Anmum Essential 1.5 kilogram (kg) Langkah 3 dan 4 akan menerima kotak simpanan alatan kanak-kanak percuma.

“Manakala mereka yang membeli enam unit Anmum TM Essential 1.5kg Langkah 3 dan 4 akan menerima khemah bermain kanak-kanak,” ujar Eksekutif Jualan Kawasan Fonterra Brands (Malaysia) Sdn Bhd, Ho Kuok Ping.

Turut hadir, wakil dari Everrise BDC dan Choon Hua Trading Corporation Sdn Bhd, syarikat pengedar produk jenama Fonterra di sini. 

Advertisement