Anda di sini

Waspada individu salah guna nama Institut Koperasi Malaysia 

Advertisement
 Rahsia Transaksi Ringgit Malaysia 24 Jam, hari ini. Turut kelihatan Pengarah IKM Zon Sarawak, Siti Maimunah Jerni (kanan).
Ramlan ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Bicara Ilmu IR 4.0: Rahsia Transaksi Ringgit Malaysia 24 Jam, hari ini. Turut kelihatan Pengarah IKM Zon Sarawak, Siti Maimunah Jerni (kanan).

KUCHING: Ahli koperasi berdaftar khasnya yang ingin menyertai latihan Institut Koperasi Malaysia (IKM) diingatkan supaya berwaspada dengan individu yang mendakwa diri dilantik untuk mengutip yuran.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Kapasiti Modal Insan) IKM, Ramlan Kamsin menegaskan ia kerana sehingga kini Institut tidak pernah melantik mana-mana individu untuk mengutip yuran kursus atau latihan yang dikendalikan.

"Kita mahu menguar-uarkan supaya ahli koperasi tidak terlibat atau terpedaya dengan individu yang mengambil kesempatan ini dan menyalahgunakan nama IKM.

"Pada kebiasaannya, Institut ada yuran dikenakan tetapi ada individu yang mengambil peluang ini dengan mendakwa diri wakil IKM dan meminta agar yuran dibayar kepada mereka," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan majlis Bicara Ilmu IR 4.0 : Rahsia Transaksi Ringgit Malaysia 24 Jam anjuran IKM Zon Sarawak di sini, hari ini.

Menurut Ramlan pada tahun ini sahaja terdapat tiga kes sedemikian dicatatkan di Semenanjung Malaysia dan satu kes di Sarawak.

Beliau berkata bimbang dengan perkara itu terus berlaku, pihak Institut telah membuat laporan polis mengenai perkara terbabit.

Sehubungan itu, beliau memberitahu bagi mereka atau mana-mana ahli yang menyertai kursus dianjurkan IKM dan mahu membuat pembayaran yuran diingatkan terus ke Insitut tanpa melalui orang ketiga.

IKM yang sebelum ini dinamakan Maktab Koperasi Malaysia (MKM) merupakan satu-satunya latihan khas bagi gerakan koperasi di Malaysia.

Institut menyediakan latihan dan pendidikan berkaitan perundangan koperasi, kewangan dan perakaunan koperasi, pengurusan perniagaan, teknologi maklumat dan komunikasi, kursus antarabangsa, kursus bidang keberhasilan hartanah, pemborongan dan peruncitan, perladangan dan asas tani serta pelancongan, kesihatan dan penjagaan diri. 

Yuran kursus serendah RM30 seorang untuk satu kursus, sesiapa sahaja boleh mendapatkan latihan di IKM.

  • oleh
  • Advertisement