Anda di sini

WARISAN tanding PRK Kimanis

Advertisement
 Shafie (tengah) pada sidang media sebaik tiba dari lawatan kerja ke Jepun.
SIDANG MEDIA: Shafie (tengah) pada sidang media sebaik tiba dari lawatan kerja ke Jepun.

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal mengesahkan parti itu akan bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis yang akan diadaka tidak lama lagi.

Beliau yang juga Ketua Menteri ketika mengesahkan perkara itu, menjelaskan bahawa sudah ada persefahaman mengenainya kerana pihak parti Warisan juga yang membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Katanya, setakat ini siapa calon yang akan dipilih untuk bertanding masih belum ditentukan.

Bagaimanapun, pihaknya akan mengumumkan calon yang akan bertanding apabila tiba masanya.

"Kita mesti bersiap sedia dalam tempoh masa yang ada dan jangan terlampau angkuh atau sombong.

"Kita berusaha mencari pengundi ke kampung-kampung dan di tempat yang kita yakin mereka boleh tentukan siapa yang akan mewakili mereka di kawasan itu," katanya kepada media sejurus tiba dari sesi lawatan kerja selama lima hari ke Jepum di sini semalam.

Ditanya adakah pihaknya akan mengekalkan calon sebelum ini, Datuk Karim Bujang, beliau berkata, pihaknya belum menentukan siapa dan masih melihat beberapa nama untuk dipertimbangkan.

"Apa yang penting, calon itu mestilah digemari pengundi dan boleh berkhidmat dan mampu bekerja kuat," katanya.

Dalam pada itu katanya, lawatan kerja berkenaan berjaya dapat meterai perjanjian dan membawa hasil menggalakkan untuk peluang pelaburan di Sabah.

  • oleh
  • Advertisement