Anda di sini

Rumah terbakar, keluarga hilang tempat berteduh

Advertisement
 Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran itu.
HANGUS: Keadaan rumah yang musnah dalam kebakaran itu.

BAU: Sebuah keluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka di Kampung Padang Pan, Jalan Gumbang di sini musnah dalam kebakaran semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 11.35 pagi.

Susulan itu, beberapa anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis separuh kekal.

“Pasukan bomba terus membuat pemadaman dengan mendapatkan punca air dari sungai berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurutnya, api berjaya dikawal pada jam 12.10 tengah hari dan tamat sepenuhnya pada jam 1 petang.

“Setelah memastikan keadaan selamat, pasukan bomba terus balik ke balai,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan unit forensik kebakaran JBPM Sarawak.

Advertisement