Anda di sini

PPM tahan peniaga, dua pekerja jual 500 karton arak tanpa kastam

Advertisement
 Sebahagian daripada minuman keras pelbagai jenama yang dirampas PPM dan Jabatan Kastam Kudat selepas dijual tanpa kastam.
RAMPAS: Sebahagian daripada minuman keras pelbagai jenama yang dirampas PPM dan Jabatan Kastam Kudat selepas dijual tanpa kastam.

KOTA MARUDU: Seorang peniaga dan dua pekerjanya ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) dalam satu Ops Bersepadu bersama Jabatan Kastam Kudat selepas didapati menjual minuman keras tidak berkastam di sebuah kedai di sini semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah Asisten Komisioner Mohammad Pajeri Ali berkata, tangkapan kira-kira jam 12 tengah hari itu dibuat di Food Court One Marudu Commercial Centre Phase di sini.

“Semasa serbuan dijalankan kita menahan peniaga berumur 63 tahun bersama dua lagi pekerjanya masing-masing berumur 18 dan 19 tahun semasa sedang leka menjual minuman keras tidak bercukai di restorannya.

“Pasukan serbuan turut merampas 500 karton minuman keras pelbagai jenama tanpa cukai yang dijual di restoran serta stor simpanan peniaga ini,” katanya.

Tambahnya beberapa barangan peribadi milik ketiga-tiga individu ini turut dirampas menjumlahkan keseluruhan nilai rampasan mencecah RM105,544.

Rampasan minuman keras serta ketiga-tiga individu dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 76 Akta Eksais 1976.

 Pasukan serbuan memeriksa premis peniaga yang menjual minuman keras tidak berkastam.
PERIKSA: Pasukan serbuan memeriksa premis peniaga yang menjual minuman keras tidak berkastam.
  • oleh
  • Advertisement