Anda di sini

Laporkan segera kehadiran monyet di tempat awam

Advertisement
 Seekor monyet yang sedang berkeliaran di kawasan Perdana Square.
BERKELIARAN: Seekor monyet yang sedang berkeliaran di kawasan Perdana Square.

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Daerah Lahad Datu meminta orang ramai segera melaporkan kehadiran monyet yang didapati berkeliaran di tempat awam.

Pegawainya Sylvester Saimin berkata, hidupan liar itu yang dibiarkan berada di tempat itu boleh mengganggu ketenteraman dan memberi ancaman.

"Keberadaan hidupan liar termasuk monyet di tempat awam boleh memudaratkan orang ramai dan sewajarnya maklumat kehadiran mereka disalurkan kepada kami agar petugas boleh mengambil tindakan sewajarnya dengan segera," katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kehadiran seekor monyet yang sedang berkeliaran di premis-premis kawasan Perdana Square dan dimuatnaik ke media sosial, kelmarin.

Menurutnya, dalam kejadian itu pihaknya gagal menangkap dan mengesan haiwan itu kerana agak lambat mendapat maklumat.

"Sekiranya orang awam terus memaklumkan pihaknya kejadian itu, monyet itu mungkin dapat ditangkap dan dikembalikan ke habitatnya.

"Sejurus mendapat maklumat berkenaan di media sosial, saya terus mengarahkan petugas untuk menangkap monyet terbabit namun setibanya petugas di kawasan itu monyet itu telah tiada dan usaha menjejaknya juga gagal," katanya.

Ditanya mengenai tindakan orang awam yang berkemungkinan menangkap untuk dijadikan haiwan peliharaan, Sylvester berkata mereka boleh tampil ke pejabatnya untuk memohon permit bagi menjaganya.

  • oleh
  • Advertisement