Anda di sini

Kikis budaya menunggu, segera turun padang

Advertisement
AWANGKU JINAL ABIDIN
AWANGKU JINAL ABIDIN

LAWAS: Ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Sari Lawas diarah segera turun ke lapangan, sekali gus mengikis budaya hanya menunggu di pejabat untuk memastikan segala projek rakyat segera dilaksanakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pemantau Projek DUN Bukit Sari yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB Sarawak Kaunselor Awangku Jinal Abidin Pengiran Jawa berkata, pelaksanaan projek berpaksikan rakyat ini termasuk projek pembinaan jalan dan jambatan, kemudahan sosial dan penyediaan bekalan air terawat dan elek-trik penting dan memberi manfaat kepada rakyat dalam usaha meningkatkan taraf hidup penduduk terutama di kawasan luar bandar.

Kata beliau, budaya menunggu ketua masyarakat dan ketua kaum datang ke pejabat memberitahu keperluan perlu diubah dengan jentera parti terus berada di lapangan untuk bersama pemimpin akar umbi.

“Pendekatan ini penting agar setiap kali ada peruntukan daripada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS), kerajaan pusat mahu-pun kerajaan tempatan, ia akan dapat disalurkan dengan cepat.

“Ini kerana semua senarai projek di akar umbi telah disimpan dalam data untuk dilaksana mengikut peruntukan yang disalurkan kelak secara pantas dan mudah,” katanya pada lawatan ke beberapa projek di daerah ini kelmarin.

Turut serta dalam lawatan kerja itu ialah Setiausaha PBB Cawangan Bukit Sari Awang@Ibrahim Ahmat dan Bendahari PBB Cawangan Bukit Sari Awang Karim Awang Seman.

Kata beliau, perkhidmatan efisien perlu diadaptasi dalam jentera PBB dalam usaha membantu Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan kabinet beliau merealisasikan wawasan Sarawak Maju 2030.

Menurut beliau, projek berorientasikan rakyat yang dilaksanakan kerajaan ne-geri di daerah berkenaan perlu terus dipantau bagi memastikan keperluan dan kebajikan rakyat dibela.

“Oleh itu, pasukan pemantau pelaksanaan projek rakyat DUN Bukit Sari harus terus turun padang melihat keperluan dan perkemba-ngan projek demi keperluan rakyat,” katanya.

Awangku Jinal yang juga timbalan pengerusi PBB Cawangan Bukit Sari Lawas berkata lagi, adalah sangat penting projek dilaksana dan disiapkan mengikut jadual.

Beliau turut melawat ke-perluan di pusat penyembelihan Masjid Besar Darul Ma’mur Lawas yang me-merlukan sambungan bekalan elektrik.

Selain itu, Awangku Jinal Abidin juga melihat sendiri keperluan rumah wakaf dan kemudahan lain di Tanah Perkuburan Islam Pulau Salam.

  • oleh
  • Advertisement