Anda di sini

Hujan lebat, Padang Terbang Lawas dinaiki air

Advertisement
Padang Terbang Lawas yang dinaiki air akibat hujan lebat
Padang Terbang Lawas yang dinaiki air akibat hujan lebat

LAWAS: Kawasan Padang Terbang Lawas dinaiki air sehingga dua kaki ekoran hujan turun tidak berhenti sejak malam Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata perbincangan dengan pihak Malaysia Airport Sdn Bhd (MASB) berkenaan penutupan padang terbang itu sedang dilakukan.

"Tempoh penutupan bergantung kepada bila banjir surut dan setakat mana lumpur dan sisa banjir melitupi landasan dan tempoh yang diperlukan untuk membersihkan landasan," katanya pada kenyataan hari ini.

Lapangan terbang lama sekarang hanya menampung pesawat jenis Twin Otter yang menghubungkan Lawas ke Miri, Ba' Kelalan dan Kota Kinabalu.

Selain kawasan Padang Terbang Lawas, beberapa kawasan di bandar Lawas turut dilanda banjir kilat akibat pertembungan air pasang dan hujan yang lebat pada malam Rabu.


 

Advertisement