Anda di sini

Calon PRK Parlimen Kimanis dari WARISAN

Advertisement
 Shafie (tengah) pada sidang media sebaik tiba dari lawatan kerja ke Jepun.
SIDANG MEDIA: Shafie (tengah) pada sidang media sebaik tiba dari lawatan kerja ke Jepun.

KOTA KINABALU: Calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kimanis sudah tentu dari Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Ketua Menteri yang juga Presiden Warisan Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal ketika mengesahkan perkara itu turut menjelaskan sudah ada persefahaman mengenainya dan pihak WARISAN juga yang membawa kes berkenaan ke mahkamah.

Katanya, setakat ini siapa calon yang akan dipilih untuk bertanding masih belum ditentukan.

Bagaimanapun pihaknya akan mengumumkan calon yang akan bertanding apabila tiba masanya.

"Kita mesti bersiap sedia dalam tempoh masa yang ada dan jangan terlampau angkuh atau sombong.

"Kita berusaha untuk mencari pengundi ke kampung-kampung dan di tempat yang kita yakin mereka boleh tentukan siapa yang akan mewakili mereka di kawasan itu," katanya kepada media sejurus tiba dari sesi lawatan kerja selama lima hari ke Jepum di sini semalam.

Ketika ditanya adakah pihaknya akan mengekalkan calon sebelum ini Datuk Karim Bujang, beliau berkata, pihaknya belum menentukan siapa dan masih melihat beberapa nama untuk pemilihan.

"Apa yang penting, calon itu mestilah digemari pengundi dan boleh berkhidmat dan mampu bekerja kuat," katanya.

Dalam pada itu katanya, lawatan kerja berkenaan berjaya dapat meterai perjanjian dan membawa hasil yang menggalakkan untuk peluang pelaburan di Sabah.

  • oleh
  • Advertisement