Anda di sini

Budak perempuan ditembak mati selepas dirogol cetus protes marah di seluruh India

Advertisement
 Orang ramai menyertai perhimpunan untuk membantah keganasan seksual terhadap kaum wanita di Hyderabad, New Delhi, India kelmarin. — Gambar Anushree Fadnavis/Reuters
PROTES: Orang ramai menyertai perhimpunan untuk membantah keganasan seksual terhadap kaum wanita di Hyderabad, New Delhi, India kelmarin. — Gambar Anushree Fadnavis/Reuters

PATNA: Seorang budak perempuan di timur India didakwa telah dirogol dan ditembak mati, kata polis kelmarin, kejadian terbaharu dalam satu siri serangan seksual yang mencetuskan protes marah di seluruh negara.

Polis mengesyaki bahawa mangsa, yang usia dan identitinya tidak diketahui, telah dirogol secara berkumpulan, dibunuh dan mayatnya dibakar sebelum dihumban di sebuah padang terbiar di pekan Buxar di daerah Bihar.

“Kami menerima mayat rentungnya kelmarin, sehari selepas dia hilang dari rumahnya di pekan Buxar,” seorang pegawai polis memberitahu AFP.

Anggota polis itu menyatakan mereka masih menunggu laporan perubatan.

Insiden itu berlaku selepas kejadian rogol secara berkumpulan dan pembunuhan kejam seorang doktor veterinari berusia 27 tahun di bandar selatan Hyderabad pada minggu lepas.

Sekumpulan empat lelaki telah membuang angin tayar skuter beliau dan memperdayanya ke sebuah kawasan trak dengan janji untuk membaikinya.

Polis berkata lelaki tersebut kemudian merogol dan membunuhnya sebelum membakar mayat di bawah sebatang jambatan terpencil.

Jenayah mengerikan itu mencetuskan bantahan di sekitar India,  dengan penunjuk perasaan menggesa pihak berkuasa agar memastikan kes rogol segera dibicarakan dan mereka yang disabitkan dihukum tanpa penangguhan.

Kelmarin, beratus-ratus penunjuk perasaan berkumpul di tengah ibu negara New Delhi menuntut pelaksanaan hukuman yang lebih cepat terhadap perogol.

Kes-kes di India sering menjadi lembap selama beberapa tahun di bawah sistem kehakiman yang berselirat di negara ini di sebalik usaha terbaharu untuk membentuk mahkamah yang cekap.

Sebahagian penunjuk pe-rasaan kelmarin menyeru bagi hukuman yang berat dan segera.

“Sekiranya wanita memenggal kepala beberapa perogol ini, maka secara auto-matiknya kita akan melihat masyarakat berubah menjadi lebih baik,” kata penunjuk perasaan Kanchan Giri yang membawa sebilah pedang.

“Saya fikir wanita patut membawa pedang ketika melangkah keluar dari rumah supaya sekiranya mereka berdepan dengan perogol mereka boleh memenggal kepalanya.”

Swati Maliwal, ketua Jawa-tankuasa Wanita Delhi, mengumumkan beliau akan melakukan mogok lapar bagi menuntut satu undang-undang yang menetapkan sesiapa yang merogol mangsa bawah umur akan digantung dalam tempoh enam bulan selepas pensabitan.

“Saya menuntut hukuman yang lebih tegas dan cepat,” kata beliau, duduk bersama penunjuk perasaan yang lain.

Keganasan seksual terhadap wanita telah menjadi perhatian umum selepas kejadian rogol secara berkumpulan terhadap seorang pelajar fisioterapi di dalam sebuah bas New Delhi pada 2012.

Lebih 33,000 wanita telah dirogol di India pada 2017, menurut perangkaan rasmi terbaharu. — AFP

Advertisement