Anda di sini

Arisanti Inspektor Pelesenan IPD Penampang baharu

Advertisement
 Haris semasa menyaksikan Nelson menyerahkan jawatannya kepada Arisanti di IPD Penampang semalam.
SERAH TUGAS: Haris semasa menyaksikan Nelson menyerahkan jawatannya kepada Arisanti di IPD Penampang semalam.

PENAMPANG: Asisten Superintendan Nelson John Jongkil menyerahkan jawatan Inspektor Pelesenan IPD Penampang kepada Inspektor Arisanti Aziz pada Majlis Serah Terima Tugas yang disaksikan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim.

Haris berkata warga kerja IPD Penampang mengucapkan terima kasih kepada ASP Nelson atas sumbangan dan kerjasama sepanjang menjalankan tugas di IPD Penampang selama lapan tahun.

“Sepanjang tempoh itu beliau bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Jenayah dan ditukarkan kepada Inspektor Pelesenan Penampang merangkap Pegawai Pemantau BIPS sehingga dinaikkan pangkat.

“Kini beliau masih menunggu arahan penempatan baharu selepas dinaikkan pangkat daripada Inspektor ke Asisten Superintendan (ASP) bulan lepas,” katanya.

Haris berkata Inspektor Arisanti pula sebelum ini bertugas sebagai Insp Media Sosial (Analisis), Urus Setia KPN (komunikasi Korporat) Bukit Aman.

“Diucapkan selamat datang ke IPD Penampang dan diharapkan dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sebagai Inspektor Pelesenan IPD Penampang yang baharu,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement