Anda di sini

14 mangsa banjir di Lawas dipindahkan ke pusat pemindahan

Advertisement
Rumah dinaiki air di Kampung Siang-Siang, Lawas. - Gambar ihsan JPBN Sarawak
Rumah dinaiki air di Kampung Siang-Siang, Lawas. - Gambar ihsan JPBN Sarawak

LAWAS: Kira-kira 14 orang mangsa daripada tiga buah keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Banjir di Dewan Masyarakat Trusan, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Negeri Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin, mangsa-mangsa terdiri daripada tiga lelaki, lima wanita dan 10 kanak-kanak.

"Pusat pemindahan dibuka pada pukul 11 pagi. Mangsa terdiri daripada penduduk Kampung Seberang Kedai dan Kampung Gelapas," katanya dalam satu kenyataan.

Jawatankuasa itu akan memantau situasi banjir di negeri ini dari semasa ke semasa. 

 
  • oleh
  • Advertisement