Anda di sini

Pelajar baharu diseru bina rangkaian jaringan

Advertisement
 Sani memukul gong tanda simbolik perasmian Minggu Inspirasi Siswa PMU bagi Sesi Disember 2019.
BERSEMANGAT: Sani memukul gong tanda simbolik perasmian Minggu Inspirasi Siswa PMU bagi Sesi Disember 2019.

MUKAH: Pelajar baharu diseru membina rangkaian jaringan setelah melaporkan diri di institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah (PMU) Sani Said berkata, perkara itu akan banyak membantu mereka semasa menuntut di situ.

“Gunakanlah waktu Minggu Inspirasi Siswa ini untuk membina jaringan baharu,” katanya ketika Majlis Perasmian Minggu Inspirasi Siswa PMU Sesi Ambilan Disember 2019 di Dewan Kuliah Utama PMU dekat sini, semalam.

Demi menggapai cita-cita masing-masing, para pelajar juga harus mematuhi segala peraturan dan tatatertib yang telah digariskan pihak PMU.

Mereka juga harus faham bahawa sekarang adalah masa transisi perubahan daripada pelajar sekolah kepada pelajar IPT.

Justeru, pelajar turut diingatkan agar pandai membawa diri ketika berjauhan dengan keluarga masing-masing.

Kemasukan ke IPT seperti itu juga adalah atas pilihan diri sendiri, selain satu pelaburan untuk masa depan.

Pihak PMU juga berbesar hati kerana dipilih sebagai salah satu institusi pendidikan utama untuk menyambung pelajaran.

Diharap cita-cita yang disemat di sanubari para pelajar dapat dicapai suatu hari nanti.

Seramai 178 pelajar mendaftar bagi sesi Disember dan dijangka pendaftaran akan terus dilakukan sehingga penghujung bulan ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMU Iskandar Reduan.

  • oleh
  • Advertisement