Anda di sini

Hotlink Rewards sedia untuk ditebus sehingga 31 Disember

Advertisement
__alt__

KUCHING: Bersempena ulang tahun pertamanya sejak dilancarkan pada November tahun lalu, Hotlink Rewards memberi cara yang sangat mudah kepada rakyat Malaysia untuk memenangi ganjaran.

Pelanggan-pelanggan Hotlink hanya perlu log masuk ke aplikasi dan menebus tawaran ‘Free Prizes Every Day’ yang bermula sekarang hingga 31 Disember.

Melaluinya, mereka berpeluang untuk membawa pulang telefon pintar Oppo, kamera GoPro Hero 7, konsol permainan Sony PlayStation 4 Pro, penggoreng kering Pensonic dan e-baucar Shopee bernilai RM500.

Menurut Ketua Pengurusan Pelanggan Maxis, Navis Manian dalam satu kenyataan kelmarin, aplikasi Hotlink RED merupakan platform yang menarik untuk pelanggan Maxis terutamanya dari segi ganjaran.

Hotlink Rewards katanya, terbukti menarik perhatian apabila Maxis menerima sambutan hangat pada Julai lepas dengan tawaran ‘Free Phones Every Day’.

“Kami ingin mengulangi kejayaan ini, terutamanya dalam menyambut musim perayaan akhir tahun.

“Pelanggan Hotlink akan menikmati ganjaran dengan mudah dan melalui kempen istimewa serta tawaran eksklusif setiap hari, mereka tidak perlu menunggu musim jualan untuk berbelanja,” kata Navis.

Ujarnya lagi, pelanggan hanya perlu memuat turun aplikasi Hotlink RED daripada Apple Store atau Google Play Store, dan log masuk ke aplikasi tersebut.

Seterusnya, mereka hanya perlu membuka aplikasi tersebut setiap hari dan menebus mata ganjaran Hotlink Rewards di laman Rewards.

“Untuk mendapatkan lebih banyak mata ganjaran, pelanggan boleh membeli Pas Internet bulanan terpilih daripada laman Internet dalam aplikasi.

“Selepas menuntut mata ganjaran percuma, cari promosi ‘Free Prizes Every Day’ atau ‘Hot Deals’. Tebus tawaran ‘Free Prizes Every Day’ pilihan anda dengan mata ganjaran Hotlink Rewards,” ujar beliau lagi.

Kempen Free Prizes Every Day adalah salah satu daripada tawaran-tawaran menarik yang dapat dinikmati oleh pelanggan Hotlink RED App.

Tawaran lain termasuk tawaran makanan dan minuman daripada Haagen-Dazs, Tealive dan KFC.

Malah diskaun hotel di laman pelancongan seperti Expedia, Traveloka dan banyak lagi juga ditawarkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kempen Free Prizes Every Day, sila layari http://www.hotlink.my/freeprizeseveryday

Advertisement