Anda di sini

Wanita warga emas maut dalam nahas kereta dan 4WD

Advertisement
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MIRI: Seorang wanita warga emas maut dalam nahas kereta dan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di persimpangan lampu isyarat di Jalan Tudan-Kuala Baram, berhampiran Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, hari ini.

Mangsa yang dikenali sebagai Chia Moi Moi, 69 yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut sumber, mangsa yang memandu kereta dari arah Permyjaya, dipercayai bergerak menuju ke rumahnya di Desa Indah apabila dilanggar kenderaan 4WD berkenaan.

Mangsa dikatakan membelok ke sebelah kanan apabila dilanggar 4WD dari arah Senadin yang menuju ke pusat bandar.

Akibat pertembungan itu, kereta mangsa remuk dan terseret ke bahu jalan.

Bagaimanapun, pemandu kenderaan pacuan empat roda terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan perubatan dari Hospital Miri yang bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan, mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Miri untuk tindakan selanjutnya. 

Polis sedang menyiasat.

  • oleh
  • Advertisement