Anda di sini

Sonsog FC juarai bola sepak PDM Dandun

Advertisement
 Zinin membuat sepak mula kejohanan bola sepak PDM Dandun.
SEPAK MULA: Zinin membuat sepak mula kejohanan bola sepak PDM Dandun.

PITAS: Sonsog FC menjuarai Kejohanan Bola Sepak 9-Sebelah Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dandun yang disertai 14 pasukan di sini setelah berjaya mengetepikan Datong A 1-0 dalam perlawanan akhir.

Region Team pula menduduki tempat ketiga setelah menang ke atas Sumbitli FC 2-0 dalam perlawanan yang diadakan di Padang SK Dandun.

"Kejohanan ini merupakan penghargaan kepada rakan-rakan dalam rangka menjelang Perayaan Krismas," kata OKK Mohd Zinin Andong Ajak kepada media kelmarin.

Zinin yang merupakan Ketua Daerah Pitas dan Timbalan Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah Kudat menjadi penaja kepada kejohanan berkenaan.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Pitas FA Zulhisni Hairi.

Zinin seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah kemenangan dan saguhati berbentuk trofi, medal dan wang tunai.

 Gobion antara peserta kejohanan PDM Dandun.
PASUKAN: Gobion antara peserta kejohanan PDM Dandun.
  • oleh
  • Advertisement