Anda di sini

SJA anugerahkan Tokoh Kewartawanan kepada empat wartawan veteran

Advertisement
 Shafie menyampaikan anugerah kepada George (kanan).
TOKOH: Shafie menyampaikan anugerah kepada George (kanan).

SEMPENA dengan Majlis Anugerah Kewartawanan Kinabalu (KPA) 2019 yang diadakan baru-baru ini, Persatuan Wartawan Sabah (SJA) tidak lupa untuk memberi pengiktirafan kepada empat wartawan veteran di negeri ini.

Keempat-empat wartawan veteran berkenaan ialah George Kanavathi, Joseph Bingkasan, Pung Chen Choon, dan Emin Madi.

Kesemuanya menerima Anugerah Tokoh Kewartawanan yang disampaikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.

 Joseph (kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Shafie.
ANUGERAH: Joseph (kanan) menerima anugerah yang disampaikan oleh Shafie.

Pengalaman hampir 40 tahun dalam dunia kewartawanan, membuktikan ilmu pengetahuannya dalam bidang penulisan berita sememangnya begitu luas.

Bermula sebagai wartawan muda di Borneo Bulletin Miri, George menerajui perjalanan dunia wartawan sebagai penolong penyunting, penyunting dan ketua penyunting di beberapa surat khabar di Sarawak, Brunei dan juga Sabah.

Beliau menganggap, perjalanan sebagai wartawan umpama menaiki 'rollercoaster' yang penuh dengan keseronokan.

 Pung (kanan) menerima anugerah pengiktirafan daripada SJA sempena KPA 2019.
PENERIMA: Pung (kanan) menerima anugerah pengiktirafan daripada SJA sempena KPA 2019.

Walaupun tidak lagi bertuigas seabagi wartawan selepas bersara dari ajwatan terkahirnya di surat khabar Daily Express pada 2017, George tiodak pernah menganggap dirinya bukan lagi seorang wartawan.

Ditanya sama ada sudah bersara sepenuhnya atau hanya berehat seketika daripada bidang yang menjadi karier awalnya, beliau hanya memberikan dua jawapan iaitu mungkin atau mungkin tidak.

EMIN MADI
EMIN MADI

Seorang lagi tokoh kewartawanan yang menerima pengiktirafan pada majlis KPA 2019 adalah Joseph Bingkasan, 64.

Bermula sebagai penyumbang puisi sekitar tahun 70-an semasa masih di sekolah menengah, beliau sering menghantar karya-karyanya ke akhbar The Kinabalu Sabah Times, Daily Express dan The Borneo Bulletin.

Cintanya pada dunia kewartawanan tidak disangkal lagi apabila menyertai Kinabalu Sabah Times sebagai penyunting pada 1977 walaupun sebelum itu beliau menerima latihan sebagai guru di Maktab Perguruan Sandakan pada 1974.

Joseph menyertai The New Straits Times (NST) sebagai koresponden untuk Sabah sebelum dipindahkan ke Times of Malaysia London Ltd (Pejabat NST di London).

Selepas kembali ke tanah air pada 1999, beliau dilantik menjadi Ketua Bahagian Editorial untuk NST Sabah dan Sarawak yang berpusat di Kuching Sarawak sebelum dipindahkan ke Ibu Pejabat NST di Kuala Lumpur pada 2004.

Selain NST, beliau turut pernah bertugas di Daily Express dan portal Free Malaysia Today.

Pung Chen Choon bukanlah nama yang asing dalam dunia kewartawanan khususnya di negeri ini.

Memulakan karier di Jabatan Penerangan, beliau kemudiannya bertugas di The Borneo Bulletin sekitar tahun 1972 hingga 1978 dan juga Koresponden Borneo Bulletin Sabah serta Sabah Times pada 1980 hingga 1985 sebelum menjadi penyunting di akhbar Borneo Mail pada 1988 hingga 1992.

Beliau melalui pelbagai cabaran sepanjang kariernya hingga beliau beralih ke dunia korporat untuk perhubungan media kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selain syarikat swasta.

Pung berharap agar SJA memulakan usaha galakan pembacaan bagi menyemarakkan lagi jalinan dalam dunia kewartawanan.

Pada majlis itu, SJA turut menyampaikan pengiktirafan kepada seorang lagi wartawan veteran Emin Madi.

Pernah bertugas sebagai tentera, Emin menjadi kebanggaan rakan wartawan yang lain kerana kebolehannya untuk menulis berita untuk Bahasa Malaysia, Inggeris dan Kadazandusun.

Beliau pernah bertugas sebagai penyunting berita Bahasa Malaysia di Sabah Times sekitar 70-an hingga awal tahun 80-an.

Selain itu, beliau turut menghasilkan beberapa buah buku dan masih menulis berita untuk Bernama.

Emin membuktikan waratwan veteran seperti askar lama yang tidak akan hilang sebagaimana kesungguhannya dalam dunia penulisan.

Pengacara majlis terkenal Datuk Gan Po Tiau turut menerima Anugerah Khas daripada SJA atas jasanya yang membantu melancarkan perjalanan majlis KPA sejak lebih 10 tahun mengacara majlis berkenaan.

 Gan (kiri) menerima anugerah daripada Shafie pada majlis itu.
TERHARU: Gan (kiri) menerima anugerah daripada Shafie pada majlis itu.

Beliau yang tidak menyangka dengan kejutan berkenaan amat berterima kasih atas penghargaan yang turut disampaikan oleh Shafie.

Pada majlis itu, Shafie turut menyeru agar pengamal media tidak memutarbelitkan laporan sebaliknya menulis berita yang benar.

Menurutnya, media kini lebih bebas untuk melaorkan berita masing-masing tetapi ia hruslah berdasarkan laporan yang benar.

"Laporan yang disampaikan perlu mempunyai impak yang besar terhadap masyarakat secara keseluruhannya dalam usaha mengekalkan keamanan serta kesatuan," katanya.

  • oleh
  • Advertisement