Anda di sini

QuartoConnect mudahkan pengusaha kelapa sawit urus operasi

Advertisement
 Peter (duduk depan, dua kiri) bersama tetamu kehormat lain dan para peserta merakamkan gambar kenangan.
KENANGAN: Peter (duduk depan, dua kiri) bersama tetamu kehormat lain dan para peserta merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Kini pengusaha kelapa sawit di negeri ini lebih mudah mengurus operasi di ladang masing-masing dengan hanya  menggunakan aplikasi baharu QuartoConnect.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, aplikasi baharu itu yang dilancarkan oleh LintraMax (M) Sdn Bhd kini digunapakai oleh pengusaha ladang kelapa sawit menerusi telefon pintar mereka.

"Ianya berfungsi sebagai alat kepada pengusaha untuk mencatitkan data secara digital mengenai aktiviti perladangan masing-masing dan menyimpan data berkenaan dalam sistem Cloud.

"Perkara ini juga memudahkan para pengurus untuk mengakses data berkenaan di pejabat dengan segera dan pada bila-bila sahaja," katanya ketika merasmikan Persidangan Antarabangsa Kayu dan Gentian Bio 2019 (WOBIC2019) di sini semalam.

Teks ucapannya disampaikan oleh Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony.

Shafie berkata, dengan adanya aplikasi baharu itu, para pengusaha ladang tidak lagi perlu bergantung kepada bahan catitan berdasarkan kertas atau pendekatan manual yang lain.

Katanya, hampir separuh di negara ini yang menggunakan aplikasi itu adalah berasal dari Malaysia Timur.

"Hampir 45 peratus pelanggan domestik adalah dari Sabah dan Sarawak yang melibatkan 154 estet dan 25 buah kilang minyak sawit yang membenarkan sistem LintraMax bagi mengurus operasi mereka.

"Selain itu, negeri ini juga secara agresifnya mempromosikan sektor automotif dan pengeluaran pintar dalam perabot serta industri berasaskan kayu-kayan," katanya.

Menurutnya, amalan Industri 4.0 di bahagian aktiviti hiliran akan pasti meningkatkan lagi nilai tambah produk yang dihasilkan dengan kos lebih rendah seterusnya menjadikan barangan dikeluarkan itu berdaya saing.

Shafie percaya menerusi penyelidikan, pembangunan dan inovasi, produk yang lebih berkualiti dapat dibangunkan serta dipasarkan secara global. Keadaan itu akan membantu meningkatkan lagi pendapatan eksport negeri.

"Dengan penyertaan 200 peserta dari 13 negara dalam persidangan kali ini, program ini ini sudah pasti boleh dijadikan platform kepada semua peserta bagi mencapai objektifnya," katanya.

  • oleh
  • Advertisement