Anda di sini

MGB main peranan realisasi hasrat KPM

Advertisement
 Jamawi (tengah) bersama ahli jawatankuasa MGB Daerah Tenom menunjukkan isyarat 'bagus' sempena pertemuan itu.
TERBAIK: Jamawi (tengah) bersama ahli jawatankuasa MGB Daerah Tenom menunjukkan isyarat 'bagus' sempena pertemuan itu.

TENOM: Guru besar dan Majlis Guru Besar (MGB) memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk melonjakkan sistem pendidikan negara.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong Jamawi Jaafar berkata, kepimpinan sekolah juga mempunyai peranan penting dalam memastikan penyampaian pendidikan berkualiti kepada pelajar.

"Ini kerana ujarnya, kualiti pendidikan di sekolah amat bergantung kepada keterampilan dan profesionalisme dimiliki guru besar dan warga pendidik lainnya," katanya ketika mengadakan majlis perjumpaan bersama Majlis Guru Besar (MGB) daerah Tenom di sini baru-baru ini.

Hadir sama Yang Dipertua (YDP) Majlis Guru Besar Daerah Tenom Sani Awang.

Menurutnya, guru besar juga perlu mengamalkan prinsip kepimpinan terbuka, proaktif dan responsif terhadap tuntutan-tuntutan baharu yang dapat membantu mempertingkatkan prestasi pelajar.

Selain itu Jamawi berkata, guru besar dan guru-guru boleh memberi sumbangan bermakna dalam meningkatkan kehidupan moral dan cendekiawan masyarakat melalui penyebaran maklumat dan gerakan pembaharuan sosial dinamik.

"Ini boleh dilaksanakan melalui kolabarasi MGB bertukar-tukar pandangan dan idea merancang serta melaksanakan pelbagai program pendidikan secara berkala dan bergilir-gilir di semua sekolah bagi memberikan anjakan memacu kecermalangan pendidikan yang lebih mampan di kalangan pelajar," katanya.

Dalam pada itu, Jamawi turut berbangga dengan peranan dan sumbangan yang dimainkan oleh MGB daerah Tenom yang berjaya melonjakkan mutu dan pencapaian pendidikan di daerah itu.

"Saya sentiasa memberikan kerjasama serta sokongan dalam apa jua program pendidikan di dearah ini dapat memacu pencapaian cemerlang pelajar di kawasan ini," katanya.

Menurut beliau kualiti pelajar hanya akan terjana menerusi amalan pengurusan dan pendekatan yang berkualiti, beretika serta mementingkan budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat demi masa depan pelajar masyarakat dan negara.

  • oleh
  • Advertisement