Anda di sini

Limbang bakal miliki tebingan sungai terpanjang di Sarawak

 Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyaksikan Sufian menandatangani dokumen Projek Menaik Taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa Dua, kelihatan sama Petrick (tiga kanan).
PROJEK RAKYAT: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyaksikan Sufian menandatangani dokumen Projek Menaik Taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa Dua, kelihatan sama Petrick (tiga kanan).
 Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyaksikan Sufian menandatangani dokumen Projek Menaik Taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa Dua, kelihatan sama Petrick (tiga kanan).
PROJEK RAKYAT: Dr Abdul Rahman (empat kiri) menyaksikan Sufian menandatangani dokumen Projek Menaik Taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa Dua, kelihatan sama Petrick (tiga kanan).

LIMBANG: Limbang bakal mempunyai tebingan sungai terpanjang di Sarawak apabila Projek Menaik Taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu dan Dua sepanjang 1.6 kilometer bernilai RM60 juta yang menjadi ikon utama rakyat di utara negeri ini siap sepenuhnya menjelang 2021.

Menteri Muda Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, Projek Menaik Taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa Satu sejauh satu kilometer bernilai RM30 juta kini sedang rancak dan dijangka siap Julai tahun depan.

Beliau berkata, projek fasa dua yang menelan kos RM30 juta sejauh 600 meter dari Balai Polis Pusat Limbang hingga ke Taman Tasik Bukit Mas akan dimulakan pembinaannya pada Januari 2020 dan dijangka siap pada Julai 2021.

“Apabila siapnya projek ini ia akan menjadi tebingan sungai terpanjang di Sarawak dan muncul sebagai daya tarikan utama pelancobgan dan ekonomi kerana kedudukan Limbang yang berdekatan dengan Brunei,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Penyerahan Kontrak Naik Taraf Tebingan Sungai Limbang Fasa Dua di Majlis Daerah Limbang (MDL) di sini, semalam.

Turut hadir Wali Kota MDL Kaunselor Sufian Mohat, Timbalan Wali Kota Dahlan Dullah dan Setiausaha MDL Petrick Linggie  Taboh.

Dr Rahman yang juga ADUN Bukit Kota berkata, projek tersebut diumum dan diluluskan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Tebingan Sungai Limbang tambahnya, amat unik dan istimewa berbanding tebi-ngan sungai lain di Sarawak kerana terletak   bersempadan dua negara iaitu Brunei dan Indonesia, selain berhampiran Wilayah Persekutuan Labuan dan negeri Sabah.

“Kebanyakan aktiviti dan acara besar yang dilakukan di sini mendapat sambutan dari wilayah serumpun.

“Kerajaan akan terus menjalin kerjasama erat dengan Brunei,” katanya.

Jelas beliau, Tebingan Sungai Limbang mempunyai kekuatan daripada aspek akses dan pencahayaan lampu.

“Tebingan ini akan meng-hubungkan Taman Tasik Bukit Mas dan Dataran Bandar Limbang yang akan memuatkan lebih 400 lot parkir dan kemudahan rekreasi lain apabila siap nanti,” ujarnya.