Anda di sini

Kerjasama kenal pasti kelemahan ESSCOM

Advertisement
VIVIAN 
VIVIAN 

SANDAKAN: Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih dekat untuk mengenalpasti kelemahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan melaksanakan pembaharuan secara menyeluruh.

Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata, sejak ESSCOM ditubuhkan pada tahun 2013 dan pelaksanaan perintah berkurung bermula sejak tahun 2014, kira-kira tujuh kes penculikan berlaku di kawasan Pantai Timur Sabah.

"Ini semua memerlukan perhatian yang lebih dekat dari pihak berkuasa.

"Adakah struktur organisasi ESSCOM berkesan dalam menjamin keselamatan kawasan pantai timur Sabah?," soalnya.

Vivian membuat penyataan itu semasa menghadiri perbahasan Akta Bekalan 2020 Kementerian Dalam Negeri di Dewan Rakyat.

Pada masa yang sama, Vivian juga meminta KDN untuk menyenaraikan jadual pembaharuan dan penyusunan semula ESSCOM.

"Apakah langkah-langkah yang akan diambil pada masa akan datang untuk mempertingkatkan tahap keselamatan di kawasan pantai timur Sabah?.

"Adakah perintah berkurung masih akan dilaksanakan tanpa tempoh atau tarikh tamat?," soalnya.

Vivian berkata, KDN juga perlu menjelaskan kegunaan peruntukan yang diperuntuk untuk mengukuhkan keselamatan di kawasan ESSCOM.

"Adakah peruntukan itu digunakan untuk mengukuhkan sistem pengawasan radar di kawasan terbabit?," soalnya.

Hal ini penting diketahui umum agar rakyat dapat melihat usaha pihak berkuasa.

 Sementara itu, dalam sesi perbahasan sama, beliau juga memberikan soalan mengenai Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan dikeluarkan oleh KDN pada bulan Jun 2020.

Vivian juga meminta menteri untuk menerangkan kerajaan yang bercadang mengeluarkan 136,055 PSS kepada warga asing dibawah fasa 1 dimana ia juga akan memerlukan jumlah untuk beberapa pembayaran.

 "Adakah ini juga termasuk memperuntuk untuk meningkatkan pangkalan data perisian dan adakah latihan akan diberikan kepada pegawai jabatan yang berkenaan?," soalnya.

  • oleh
  • Advertisement