Anda di sini

Kanak-kanak maut digilis van 

Advertisement
 Lokasi kejadian kanak-kanak maut selepas digilis van.
LOKASI: Lokasi kejadian kanak-kanak maut selepas digilis van.

TAWAU: Seorang kanak-kanak berumur tujuh tahun maut selepas digilis sebuah van pengangkutan awam di Kampung Sg Buaya Batu 3 Jalan Apas, di sini jam 5 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian berlaku ketika pemandu van terbabit selesai menghantar penumpang dari Semporna ke Kg Sungai Buaya.

"Menurut saksi yang juga pemandu van terbabit, semasa kejadian mangsa ketika itu berada di bahu jalan sebelah kanan tiba-tiba melintas menuju ke arah jalan dan terlanggar sisi kanan van yang dipandunya.

"Akibatnya, mangsa terjatuh dan digilis bahagian tayar belakang kanan van terbabit. Impak kejadian itu mangsa meninggal serta-merta di tempat kejadian kerana kecederaan parah di bahagian kepala," katanya dalam kenyataan media, di sini semalam.

Peter berkata, hasil pemeriksaan awal pemandu terbabit tidak disyaki mabuk bagaimanapun sampel darah diambil untuk ujian alkohol dan ditangkap bagi membantu siasatan pihak polis.

Kes ini masih disiasat mengikut Seksyen 41 (1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 oleh Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tawau Inspektor Norhafizah Hussin.

 Van suspek yang melanggar mangsa.
SUSPEK: Van suspek yang melanggar mangsa.
  • oleh
  • Advertisement