Anda di sini

Hujan lebat seminggu cetus banjir di Perancis, lapan maut

Advertisement
 Papan tanda tertera amaran merah yang tidak membenarkan pergerakan kenderaan ketika French Riviera berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat dan banjir di Nice, kelmarin. — Gambar Reuters
BERBAHAYA: Papan tanda tertera amaran merah yang tidak membenarkan pergerakan kenderaan ketika French Riviera berada dalam keadaan berjaga-jaga ekoran hujan lebat dan banjir di Nice, kelmarin. — Gambar Reuters

NICE: Dua orang telah terkorban kelmarin akibat banjir di French Riviera, yang telah dilanda oleh hujan lebat baharu seminggu selepas keadan cuaca ekstrem menyebabkan enam orang terkorban, kata pihak berkuasa.

Di wilayah Car, seorang penggembala telah dihanyutkan ketika cuba meredah banjir dengan kenderaan pacuan empat rodanya ketika menjaga haiwan ternakannya.

Mayat mangsa telah ditemui di dalam kenderaannya lewat malam kelmarin, 300 meter mengikut aliran sungai dari mana mangsa kali terakhir dilihat, menurut pihak wilayah awal semalam.

Di kawasan lain di wilayah ini, pemilik sebuah kandang kuda ditemui mati lemas dua jam selepas turut dihanyutkan ketika sedang mengawasi haiwan peliharaannya, katanya lagi.

Var dan wilayah berhampiran Alpes-Maritimes berada dalam keadaan berjaga-jaga bagi banjir yang mengganggu perkhidmatan kereta api dan memutuskan jalan raya A8 selama empat jam pada petang kelmarin.

Banyak acara kebudayaan dan sukan yang turut dibatalkan disebabkan oleh keadaan cuaca yang buruk, termasuk perlawanan Lique 1 bagi Paris Saint-Germain di Monaco.

Sepanjang hujung minggu lepas, hujan lebat telah menyatakan kematian enam orang di Var. — AFP

Advertisement