Anda di sini

Buruh maut dihempap konkrit di Serian

Advertisement
Mangsa (gambar sisipan) disahkan meninggal dunia di lokasi.
Mangsa (gambar sisipan) disahkan meninggal dunia di lokasi.

SERIAN: Seorang buruh maut dihempap konkrit berhampiran pejabat Jabatan Imigresen Malaysia di Kampung Bunan, Mongkos di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Tiong Ling Hii berkata ketika kejadian, mangsa dikatakan sedang bekerja membina parit apabila insiden tersebut berlaku.

"Mangsa dikenali sebagai Nicholas Jawan, 33, dari Kampung Rudan Rayang di Padawan telah dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Advertisement