Anda di sini

Wushu hadiah emas kelima negara 

Advertisement
 
Loh Choon How menunjukkan pingat emas yang diraih menerusi acara Taijijian Lelaki sempena Sukan SEA Filipina di World Trade Center Manila hari ini. - Bernama
Loh menunjukkan pingat emas yang diraih menerusi acara Taijijian Lelaki sempena Sukan SEA Filipina di World Trade Center Manila hari ini. - Bernama

MANILA: Atlet wushu negara, Loh Choon How unggul menghadiahkan pingat emas kelima Malaysia, pada hari kedua wushu dipertandingkan di World Trade Center di sini, hari ini. 

Gerakan tangkas dipamer atlet berusia 26 tahun itu nyata memukau barisan juri untuk beliau mengesahkan pingat emas dengan mengumpul 9.68 mata dalam acara taijijian lelaki.

Emas kelima disumbangkan itu sekali gus adalah pingat emas kedua peribadinya, yang sebelum ini menyumbang emas sulung negara dalam acara taijiquan lelaki, semalam.

Pingat perak menjadi milik atlet tuan rumah, Jones Llabres Inso yang mengumpul 9.65 mata.

Sementara wakil Brunei, Hosea Wong Zheng Yu terpaksa berpuas hati dengan gangsa selepas mengutip 9.60 mata. - Bernama 

Advertisement