Anda di sini

Lyon bangkit sentak Strasbourg 2-1

Advertisement
 Cornet (kiri) melepaskan rembatan di hadapan pemain Strasbourg, Mohamed Simakan pada aksi di Stadium Meinau, Strasbourg kelmarin. — Gambar AFP
SENGIT: Cornet (kiri) melepaskan rembatan di hadapan pemain Strasbourg, Mohamed Simakan pada aksi di Stadium Meinau, Strasbourg kelmarin. — Gambar AFP

PARIS, Perancis: Lyon bangkit dari ketinggalan untuk memenangi perlawanan keempat dari lima perlawanan Ligue 1 Perancis selepas menewaskan Strasbourg 2-1, sekali gus naik ke tangga keenam liga Sabtu lepas.

Lyon berada satu mata di atas zon penyingkiran apabila jurulatih Sylvinho dipecat dan diganti oleh Rudi Garcia bulan lepas tetapi sekarang mereka hanya kurang dua mata di belakang Angers yang berada di tangga ketiga liga, slot terakhir kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Pemain tengah, Jeff Reine-Adelaide, menjaringkan gol kemenangan ketika Lyon bangkit dari kekalahan kepada Zenit St Petersburg pada pertengahan minggu, yang menyebabkan mereka berada di tangga ketiga kumpulan untuk kejohanan Liga Juara-Juara.

“Kami tiba dari Zenit pada jam 5 pagi hari Khamis, jadi ia biasa untuk pemain saya mengalami kekejangan otot,” kata Garcia. “Saya menyukainya. Kami benar-benar keletihan. Ia satu kemenangan untuk pasukan hari ini.

“Saya benar-benar menyukai pengorbanan, kesatuan. Kami tersentak dalam separuh masa pertama dan dalam separuh masa kedua, kami memperbetulkan keadaan.”
Youssouf Fofana meletakkan Strasbourg di hadapan pada pertengahan separuh masa pertama tetapi Maxwel Cornet memulakan kebangkitan Lyon dengan mengikat kedudukan sebelum rehat.

Reine-Adelaide kemudian melompat lebih tinggi untuk menanduk gol kemenangan ketika berbaki 15 minit permainan untuk gol ketiga beliau musim ini.

Lyon masih ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga, Paris Saint Germain (PSG), yang bermain lewat menentang Monaco, dengan Marseille kurang lima mata di belakang PSG selepas menewaskan Brest 2-1 pada perlawanan hari Jumaat.

Angers, kekal di tangga ketiga walaupun tewas 1-3 kepada Nice, menyaksikan tempoh empat perlawanan liga tanpa kalah Angers berakir.

Perlawanan lain menyaksikan Bordeaux seri 1-1 di Reims sementara Lille naik ke tangga ketujuh liga selepas menewaskan Dijon 1-0 menerusi gol penalti minit kecederaan oleh Victor Osimhen. — AFP

Advertisement