Anda di sini

9 Kecekapan Yang Memberi Manfaat Buat Selama-lamanya

 

Oleh TRAVIS BRADBERRY

Apabila kita sudah lama menceburi dunia kerja, mudah sekali untuk membuat andaian silap bahawa kita sudah ‘sampai’ dan mempunyai semua kecekapan untuk berjaya. Kita akan cenderung mengerah segala tenaga untuk menyiapkan sesuatu kerja, dengan andaian semua yang lain akan terurus sendiri. Kesalahan besar. 

Kajian oleh Carol Dweck dan rakan-rakan sekerjanya di Stanford membawa cerita sebenar. Mereka membuat kajian dengan kumpulan-kumpulan yang tercabar dalam prestasi kerja. Satu kumpulan diajar cara untuk melakukan tugasan mereka dengan lebih baik. Satu lagi kumpulan diberitahu bahawa mereka tidak tersangkut dan menambah baik prestasi mereka adalah suatu pilihan. 

Mereka mendapati bahawa pembelajaran menghasilkan perubahan fisiologikal dalam otak, seperti mana senaman membuat perubahan pada otot-otot. Cuma yang perlu mereka lakukan ialah percaya pada diri dan lakukannya.

Berkaitan: Keyakinan Diri Rahsia Kejayaan Hidup

Apabila prestasi kumpulan-kumpulan itu diperiksa semula beberapa bulan kemudian, kumpulan yang diajar melakukan tugasan itu dengan lebih baik, mencapai prestasi yang lebih teruk lagi. Manakala kumpulan yang diajar bahawa mereka ada kuasa untuk mengubah otak mereka dan menambah baik prestasi diri mencapai peningkatan yang amat besar.

Hasil bawa pulang asas daripada kajian Dweck adalah, kita tidak patut berhenti belajar. Saat kita berfikir kita sudah mencapai segala-galanya adalah saat kita melupuskan potensi kita yang belum tercungkil itu.

HIDUP SEOLAH-OLAH ANDA AKAN MATI ESOK. BELAJAR SEOLAH-OLAH ANDA AKAN HIDUP SELAMA-LAMANYA. —  MAHATMA GANDHI

Tindakan belajar adalah sama penting dengan apa yang kita belajar. Apabila kita percaya bahawa kita boleh meningkatkan diri dan melakukan hal-hal pada masa depan yang berada di luar kemungkinan kita pada masa ini adalah sesuatu yang mengujakan dan memuaskan. 

Namun, masa kita ada batasnya. Kita patut mendedikasikan diri untuk belajar kecekapan yang akan memberi manfaat terbesar. Terdapat sembilan kecekapan yang saya percaya penting sekali kerana manfaat-manfaat mereka berkekalan, dari segi apa yang mereka ajarkan kita serta kecenderungan mereka untuk tetap hidupkan semangat belajar.

1. Kecerdasan emosi (EQ)

EQ adalah ‘sesuatu’ dalam diri setiap kita yang agak kurang kelihatan. Ia mempengaruhi cara kita mengurus tingkah laku, mengharungi kerumitan sosial, dan membuat keputusan peribadi untuk mencapai hasil positif. EQ adalah kebolehan kita untuk mengenali dan memahami emosi dalam diri kita dan orang lain, dan keupayaan kita  menggunakan kesedaran ini untuk mengurus kelakuan dan hubungan kita.

Kajian selama berdekad-dekad ini kini memaklumkan bahawa EQ adalah faktor kritikal yang membezakan bakat terbaik daripada yang lain. Ia adalah cara kukuh untuk menumpukan tenaga kita dalam satu hala dan mencapai keputusan yang cukup baik.

Kami menguji kriteria EQ bersama 33 kecekapan alam dunia penting yang lain dan mendapati EQ adalah peramal prestasi yang terkuat. Ujian kami mendapati bahawa 90% daripada pelaku teratas mempunyai EQ yang tinggi, sementara cuma 20% daripada pelaku terbawah mempunyai EQ yang tinggi.

Kita mungkin boleh berupa pelaku teratas tanpa EQ tetapi perkara ini adalah tipis. Umumnya, mereka yang mempunyai tahap EQ yang tinggi meraih pendapatan yang lebih banyak, pada purata $29,000 lebih setahun daripada mereka yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang rendah.

Meningkatkan EQ anda bukan saja akan membina akaun bank kita, tetapi ia akan menjadikan kita insan yang lebih gembira dan kurang stres.

2. Pengurusan masa

Salah satu halangan terhadap pengurusan masa yang efektif ialah ‘kezaliman perkara yang mendesak’. Ini merujuk kepada kecenderungan perkara-perkara kecil yang perlu dilakukan sekarang juga, yang mengacau pengendalian perkara yang benar-benar penting.

Apabila kita tunduk kepada gejala ini, kita akan menghabiskan banyak masa memadamkan api sehingga kerja yang perlu dibuat tidak dilakukan. Berapa kali kita meninggalkan tempat kerja pada penghujung hari dan mendapati bahawa kita langsung tidak membuat sebarang kemajuan biar satu inci pun dalam perkara-perkara yang penting.

Belajar mengurus masa anda dengan berkesan membebaskan kita untuk membuat kerja pada tahap tertinggi yang mutlak, setiap hari.

3. Mendengar

Ini patut senang. Jika kita tidak bercakap, kita mendengar, bukan? Ah… bukan begitu. Kerap kali, kita ingat kita sedang mendengar tetapi kita sebenarnya merancang apa yang kita hendak berkata kemudian.

Mendengar secara benar bermakna betul-betul memberi fokus pada apa yang sedang dicakapkan. Ia adalah mengenai pemahaman bukan perbalahan. Belajar cara menangguh penghakiman dan bertumpu pada aspek memahami input orang lain  adalah salah satu kecekapan penting yang kita boleh usahakan. 

Selain kata-kata yang diucapkan, ada maklumat yang tidak ternilai untuk diuraikan melalui nada suara, bahasa tubuh, dan apa yang tidak dikatakan. Dalam kata lain, gagal membuka telinga (dan mata) mungkin akan membuat kita diketepikan.

Berkaitan: Mendengar: Sifat Kepimpinan Yang Perlukan Disiplin Dan Latihan 4. Berkata tidak

Berkata tidak sememangnya cabaran besar bagi ramai orang. Tidak adalah perkataan yang kuat yang kita tidak patut takut untuk gunakan. Apabila tiba masanya untuk berkata tidak, elak daripada berkata, misalnya ‘Saya tidak fikir saya boleh’ atau ‘Saya tidak pasti’. Berkata tidak terhadap komitmen baharu bermakna kita pedulikan komitmen semasa dan memberi kita peluang untuk melaksanakannya dengan jayanya.

Apabila kita belajar untuk berkata tidak, kita membebaskan diri  daripada kongkongan yang tidak relevan dan melapangkan kita dari segi masa dan tenaga untuk membuat hal-hal yang penting dalam hidup.

5. Meminta bantuan

Ia mungkin nampak tidak wajar untuk mencadangkan bahawa meminta bantuan adalah kecekapan, tetapi ia sememangnya ya. Sebenarnya seseorang perlu ada banyak keyakinan dan kerendahan hati untuk mengakui diri memerlukan bantuan. Kecekapan ini kritikal kerana perkara terakhir seseorang pemimpin ingin hadapi adalah pekerja yang terus membuat kesalahan kerana mereka terlalu malu atau angkuh untuk mengakui diri tidak tahu apa yang dilakukan.

Mengetahui kita memerlukan bantuan, mengerah keberanian untuk memintanya, dan mengambil tindakan apabila bantuan itu diberikan adalah kecekapan yang tinggi nilainya.

6. Mendapat tidur yang berkualiti

Tidur yang berkualiti adalah baik untuk otak kita. Menurut kajian terbaru Universiti Rochester, apabila kita tidur, otak membuang protein yang toksik, yang merupakan produk sampingan aktiviti neural apabila kita terjaga, daripada neuron-neuronnya. Tetapi otak kita cuma boleh membuang protein toksik ini jika kita mendapat tidur yang berkualiti yang cukup.

Apabila kita tidak cukup tidur berkualiti tinggi, protein toksik ini akan kekal dalam sel otak kita, membuat kacau dan akhirnya menjejaskan keupayaan kita untuk berfikir — hal ini tidak dapat diatasi sebanyak mana pun kafein yang diminum. Ia akan melembapkan kebolehan kita untuk memproses informasi dan menyelesaikan masalah, mematikan kreativiti, dan menaikkan tindak balas emosional anda.

Berlatih mendapat tidur berkualiti tinggi selalu adalah kecekapan yang sukar dikuasai tetapi memberi ganjaran yang besar pada keesokan hari.

7. Ketahui masa untuk berdiam

Pasti rasa seronok  untuk memaklumkan pandangan anda pada orang lain tetapi rasa itu cuma buat sebentar. Apa akan terjadi keesokan hari, minggu depan, tahun depan?

Memang perangai manusia hendak membuktikan yang anda betul, tetapi ia jarang efektif. Dalam konflik, emosi yang tidak terkawal akan membuat anda bertegang urat dan terbabit dalam perbalahan yang akan teruk menjejaskan anda dan hubungan yang terjalin.

Apabila anda membaca dan memberi respons terhadap  emosi anda, anda akan boleh memilih perbalahan dengan bijak dan hanya bertegang urat pada masa yang betul. Kebanyakan masa, ini bermakna mendiamkan diri.

8. Mengambil inisiatif

Inisiatif adalah kecekapan yang akan membawa kejayaan pada diri kita. Secara teori, inisiatif mudah sahaja — keinginan mengambil tindakan sering ada — tetapi dalam dunia hakiki, perkara-perkara lain selalu membuat gangguan.

Wujud perbezaan besar antara tahu apa yang perlu dibuat dan terlalu takut atau malas untuk benar-benar melakukannya. Ini memerlukan inisiatif. Kita perlu mengambil risiko dan mendesak diri keluar dari zon selesa sehingga perlakuan mengambil inisiatif menjadi sebati dengan sifat diri.

9. Bersikap positif

Kita semua pernah menerima nasihat berhajat baik supaya ‘bersikap positf.’ Lebih kuat cabaran, lebih tidak realistik kata mutiara separuh gelas penuh ini. Sukar sekali untuk ada motivasi untuk berfokus pada unsur-unsur positif apabila postiviti nampak seolah-olah tidak lebih daripada angan-angan.

Memelihara sikap positif berupa cabaran harian yang memerlukan fokus dan perhatian. Kita mesti sengaja mahu bersikap positif pada kala otak kita cenderung berfokus pada ancaman. 

Kajian menunjukkan bahawa pembelajaran sepanjang hayat memberi manfaat melepasi kecekapan yang anda miliki, jadi jangan berhenti belajar.

Dr Travis Bradberry ialah penulis bersama buku paling laris #1, Emotional Intelligence 2.0, dan juga pengasas bersama TalentSmart, pembekal utama ujian dan latihan kecerdasan emosi di dunia, yang memberi perkhidmatan kepada 75% daripada syarikat-syarikat Fortune 500. Karya-karyanya yang paling laris telah diterjemahkan ke dalam 25 bahasa dan boleh didapati di 150 negara.

Sumber
Sumber