Anda di sini

Sukan SEA: Pingat emas pertama Malaysia menerusi acara wushu

Advertisement
ksi lincah atlet wushu negara Loh Choon How dalam acara Taijiquan Lelaki Akhir sempena Sukan SEA Filipina di World Trade Center Manila hari ini. - Gambar Bernama
Aksi lincah Choon How dalam acara Taijiquan Lelaki Akhir sempena Sukan SEA Filipina di World Trade Center Manila hari ini. - Gambar Bernama

MANILA: Atlet wushu negara, Loh Choon How memperoleh pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA ke-30.

Choon How menyumbang pingat emas itu dalam acara taijiquan lelaki yang berlangsung di World Trade Center di sini hari ini

Atlet berusia 26 tahun itu mengutip mata keseluruhan 9.68 untuk mengesah  penerimaan pingat itu.

Pingat perak dimenangi atlet Brunei Heng Yu Hosea Wong yang mengumpul 9.59 mata manakala gangsa menjadi milik atlet tuan rumah, Parantac Daniel yang mengutip 9.56 mata. - Bernama 

Advertisement