Anda di sini

‘Irishman’ kukuhkan kedudukan filem Mafia di Hollywood

Advertisement
__alt__

CERITA mengenai kumpulan samseng telah menjadi sajian yang Hollywood seakan-akan tidak dapat tolak.

‘The Irishman’, filem baharu arahan Martin Scorsese yang kini ditayangkan di Netflix tentang keluarga jenayah Bufalino dan ketua kesatuan masyhur Jimmy Hoffa, menandakan penyertaan terbaharu dalam genre yang telah memukau penonton dan pembuat filem selama berdekad-dekad.

Pemerhati budaya pop berkata ia tidak mengejutkan memandang kerana kisah-kisah Hollywood mengenai Mafia menawarkan kombinasi jenayah, keluarga, keganasan dan Impian Amerika.

“Ia merupakan genre yang benar-benar menyentuh titik manis itu di antara ketaksuban dengan jenayah dan set dinamika keluarga yang boleh difahami,” kata David Schmid, pengarang ‘Violence in American Popular Culture’ merangkap profesor madya Bahasa Inggeris di universiti di Buffalo.

‘The Irishman’, yang dibintangi Robert De Niro, Al Pacino dan Joe Pesci, menyusuli sajian daripada ‘Little Caesar’ pada 1931 hingga kepada ‘The Godfather’ dan ‘The Sopranos’ yang telah membuahkan hasil baik di ‘box office’ dan di majlis anugerah.

Selepas reviu yang mantap, kepulangan Scorsese kepada sisi Itali-Amerika yang dia terokai dalam ‘Goodfellas’ dan ‘Casino’ dijangka akan menjadi calon utama di Anugerah Oscar pada tahun depan.

“Dalam banyak segi, Mafia mengambil alih daripada filem koboi sebagai filem epik Amerika yang hebat,” kata Robert Thompson, profesor pop budaya di Universiti Syracuse.

“Ia mengenai penempatan di sempadan bandar berbanding sempadan geografi, dan ia juga satu cerita imigresen yang hebat,” katanya.

Keluarga Itali-Amerika yang besar, selalunya berkumpul di sekeliling meja makan malam yang penuh dengan pasta, memberi penonton watak-watak tegas untuk disokong, walaupun mereka berada di sebelah undang-undang yang salah.

Filem Mafia turut memberi lingkaran kepada cerita pendatang Amerika klasik yang tiba di sebuah negara baharu, terpaksa menjaga diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai matlamat, kata Thompson.

Apabila siri TV HBO ‘The Sopranos’ memulakan tanggapan mengenai ketua samseng yang mengalami konflik emosi, ia memperdalamkan lagi tempat yang samar-samar dari segi moral yang dialami samseng di atas skrin, tetapi yang membantu mereka kelihatan begitu menarik.

“Sebab kenapa Mafiosi yang neurotik ini bergema dengan kita ialah kita semua dapat memahami keadaan berada dalam pekerjaan yang kita tidak mahu buat,” kata Schmid.

Namun, sementara keganasan merupakan bahagian penting dalam pakej itu, keganasan selalunya tidak begitu berdarah dan kejam berbanding filem aksi lain.

“Jika anda mahu membuat filem Mafia yang benar-benar ganas, ia dijangka tidak akan begitu popular di kalangan audiens,” kata Schmid.

“Audiens lebih suka terbawa-bawa dengan kisah naratif pendatang di mana seseorang itu bermula daripada kosong untuk menjadi seorang ‘godfather’.” — Reuters

Advertisement