Anda di sini

Brasserie Coffeehouse sediakan menu ‘Christmas Eve Buffet Dinner’

 Kaod (lima kiri) dan Ben (enam kiri) menunjukkan hidangan menu yang telah disediakan pihaknya istimewa untuk ‘Christmas Eve Buffet Dinner’ di Brasserie Coffeehouse di Hotel Grand Continental. Turut kelihatan Juffri (tiga kiri), Christina (tiga kanan) dan Wee (dua kanan) baru-baru ini.
HIDANGAN KRISMAS: Kaod (lima kiri) dan Ben (enam kiri) menunjukkan hidangan menu yang telah disediakan pihaknya istimewa untuk ‘Christmas Eve Buffet Dinner’ di Brasserie Coffeehouse di Hotel Grand Continental. Turut kelihatan Juffri (tiga kiri), Christina (tiga kanan) dan Wee (dua kanan) baru-baru ini.
 ‘Traditional Beef Stew with Vegetables’.
TARIKAN: ‘Traditional Beef Stew with Vegetables’.
 Hidangan wajib Krismas, ‘Roasted Whole Turkey’.
WAJIB: Hidangan wajib Krismas, ‘Roasted Whole Turkey’.
 ‘Christmas Pudding Cream Caramel’.
SEENAK RASA: ‘Christmas Pudding Cream Caramel’.
 ‘Buttered Prawns in Curry Leaves’.
ENAK: ‘Buttered Prawns in Curry Leaves’.

KUCHING: Brasserie Coffeehouse di Hotel Grand Continental menyediakan menu ‘Christmas Eve Buffet Dinner’ keluarga berkumpul untuk makan malam bersama sempena sambutan Hari Krismas pada 24 Disember nanti.

Antara menu istimewa yang disediakan pihaknya adalah ‘Roasted Whole Turkey’ dan ‘Roasted Boneless Leg of Lamb’, ‘Traditional Beef Stew with Vegetables’, ‘Jamabalaya Rice’, ‘Fettucini Marinara’, ‘Roasted Duck in Plum Sauce’.

Selain itu, ‘Pan Fried Fish Fillet with Tumeric and Lemon Grass Sauce’, ‘Buttered Prawns in Curry Leaves’ dan ‘Buttered Vegetables’.

Bagi sudut pembuka selera disediakan, ‘Cold Cuts’, ‘Mixed Garden Salad’, ‘Nicoise Salad’, ‘Coleslow’, ‘Smoked Salmon’, ‘Prawn Cocktail’, ‘Chicken and Papaya Salad’, ‘Green and Coral Lettuce’ dan ‘Soft Rolls and Butter’.

Di bahagian pencuci mulut, ‘Yule Log Cake’, ‘Christmas Pudding Cream Caramel’, ‘Fruit Tartlets’, ‘Pandan Layered Cake’, ‘Chocolate Mousse’, ‘Mixed Fruit Cake’, ‘American Cheese Cake’ dan ‘Gingerbread Man’ serta sudut kanak-kanak.

Majlis makan malam itu akan disertai lagu-lagu rohani dan Krismas serta turut disediakan kutipan amal bagi mereka yang mahu menderma kepada rumah kanak-kanak di sini.

Tempahan awal bermula 1 hingga 23 Disember akan diberi potongan harga istimewa 15 peratus.

Brasserie Coffeehouse dibuka bermula jam 6.30 petang hingga 9.30 malam dengan ketetapan harga RM85 bagi dewasa, RM42.50 untuk kanak-kanak (1 hingga 12 tahun) dan RM68 bagi warga emas (50 ke atas).

Untuk tempahan sila menghubungi 014 8853728 (Juffri) dan 013-829 6343 (Evelyn).

Turut hadir Pegawai F&B Hotel Grand Continental Juffri Ratrakawi, Sous Chef Kaod Senib, Eksekutif Chef Ben Koh, Pegawai Personel Christina Patrick, Pegawai Akauntan Wee Geok Then.